Sarapan

Assalamualaikum. Pagi semua

Salam khamis yang manis. Eh manis ke? Manis la kalau awak senyum. Cer senyum sikit kat LM!

Jemput makan semua. Lewat pagi ni LM sarapan. Badan lemau je rasa. Pagi tadi dah sedar 4.30 am. Plan nak bangun sahur eh terlelap di hujung katil. Pheww padan muka kan?

Disebab kan abang haji out station maka terlelap lah situ takda Siapa kejut. Sedar sedar 6.20 pagi. Ha ko terjun katil terus bangun. Kejut Acha suruh cepat risau tertinggal bas jadi kerja LM nak kena hantar pula nanti. Pagi pagi jem ui. Kereta berderet nak masuk Mex tu.

Lepas Acha ke sekolah kejut Apit pula. Lepas tu kejut Syahim mandi kan. Mujur mood dia okey pagi ni tak la merengek ke apa. Doa sangat mood dia okey kalau tak jenuh nak dukung dia masa nak mandi kan. Nak terburai rasa parut czer ni. Sobss.

Lepas antar Syahim tadika Aish macam tak okey mood dia. Ni baru siap sarapan. Sayang pula nasi semalam banyak lebih. Goreng ni je lah. Simple pun takpe janji sarapan berat. Korang biasa makan ringan ringan ke berat terus?

LM biasa kalau pukul 9 ke atas makan berat terus takpe. Tapi kalau 7 lebih tu menung lagi lah. Perut tak boleh masuk berat lagi. Kena minum susu dulu bagi dia warm up baru boleh mKan menu berat.

Lambat sarapan pun takpe janji dapat menu berat. Dapat roti 4 keping pun tak kenyang perut kampung LM ni tau. Nak berat gak. Hahaha Korang sarapan apa. Share la sikit.


Post a Comment

0 Comments