Mood Swing

Assalamualaikum

*gambar semasa balik dari ambil Syahim dari tadika

Apa khabar semua. Fuhh Selasa yang mencabar buat LM minggu ni. Syahim mood pun lain macam sekejap okey sekejap mood sentap dia datang. Sebab selsema sikit kot? Kadang sebelum tidur LM siap janji ikat jari kelingking lagi minta dia bangun tidur agar tak menangis. Tapi bila letih kat sekolah Balik tu moody juga la dia

Si kakak sulung tak sihat. Petang semalam ustazah mesej minta ambil dia bawa ke klinik. Migrain teruk katanya. Rupanya bila dah ambil baru tau 3 kali pengsan. Bila check tengok blood pressure dia tinggi. Hai la anak. Dah kenapa pula tu? Hurmm dugaan betul. Moga cepat sembuh dan boleh Balik asrama segera dah la nak cuti dah ni. 

Si dak Aish lasak kemain. Tak terkejar LM dibuatnya. LM sidai baju dia tolong angkat. Err kalau angkat yang dah kering bagus la kan? Ni baju basah yang LM sidai tu dia terus angkat campak dalam bakul. Allah! Sabar je la

Kalau ke dapur segala roti, biskut semua dia nak. Apa je air yang ads semua dia minta tapi bukan minum pun. Tuang sana sini pastu tumpah. Paling dia suka main kat sinki bilik air. Buka air dan main la kat situ entah berapa lama. LM risau sebab sinki bilik mandi tu jenis kaca. Risau sangat dia duk main kat situ. Nak nampak lawa tetiba risau la pula kan? 

Mood memang ke laut dalam sebab terbeban banyak benda nak fikir kot? Apa pun doakan anak LM cepat sembuh ye. 

Post a Comment

1 Comments

Warisan Petani said…
Mudah2an anak2 cepat sembuhnya