Nak Patah Pinggang

Assalamualaikum

Kisah semalam. Kami balik Segamat kerana menghadiri undangan majlis perkahwinan teacher Ariz Syahim. Kebetulan teacher Syahim ni orang Segamat maka balik lah kami ke sana dapat lawat mak dan ayah juga alang alang dah balik tu.

Disebab kan kakak Maisarah ada exam pada hari Isnin maka kami buat keputusan balik hari je sebab Ahad(harini nak hantar dia balik ke asrama)

Kami bawa 3 orang anak yang kecil saja. Kakak tinggal sebab nak exam, bagi dia bercinta dengan buku. Acha pula nak exam Kafa untuk akhir tahun mulai Rabu ni. Maka memang kena tinggal lah. Adik Ad walau dah habis exam. Kena tinggal juga sebab kami. Tak mau kakak dan Acha terasa hati jika kami bawa Ad. Alasan kena tinggal sebab letih je Balik hari baik rest di rumah je.

Inchek boss kata nak gerak jam 7 pagi sebab takut jem. Tapi gerak jam 7.50pagi kot camtu. Kami sampai Segamat dalam pukul 10 lebih camtu. Terus ke rumah bonda sebab plan nak ke rumah sahabat LM nana tak jadi sebab baby dia Jaundis nak. Kena bawa ke ioi untuk check bacaan jaundis.

Disebabkan dah ke rumah bonda awal. Maka dia terus tapau kan lauk asam pedas siap siap untuk kami bawa balik. Kebetulan ayah kepada teacher Syahim adalah kawan baik ayah LM. Pengapit ayah masa kawen dulu. Ayah pun terkejut tau anak. Kawan dia tu cikgu kepada Syahim. Kecil nya dunia.

Lepas ke majlis teacher terus kami gerak ke kampung ayah di Jempol. Hujan Lebat syok la ayah cas bateri. Siap pakej berdengkur lagi. LM lah yang Terkebil2 kebil pakej Ayu lagi comey dengan baju lip lap takkan nak terbongkang baring kat Hall rumah mak ayah tu. Maka ku tahan Jebat! Sabar je lah. Dengan badan dah melekit berpeluh. Huhu.

Dalam 5 suku baru gerak balik. Hujan dan jalan jem melekat memang rasa bagai nak nangis. Sampai Nilai memang LM dah mula Marah Marah. Sakit pinggang tak tertahan berdenyut dan bisa sampai ke tengah badan. Rasa nak menangis sangat masa tu.


Teringat lagi masa hamil kan Aish. LM sakit pinggang jika naik kereta walau sejam je pun. Memang jarang jalan jauh masa tu. Balik kampung pun jarang sangat sebab tak tahan sakit pinggang.

Sampai rumah memang tak makan, minta anak anak hidang lauk yang mak bekalan, lauk rendang ayam dan daging serta pulut kuning yang mak Suami bekalan. LM mandi dan zzzz terus. Alhamdulillah bangun pagi ni kurang sikit rasa sakit tu. Terasa bisa tapi tak la mencucuk rasa dia.

Taubat. Lepas ni takmo dah balik kampung sehari pergi balik. Sobsss

Korang Balik kampung ke tu? 

Post a Comment

2 Comments

ezy.fia said…
letih balik ari mcm tu.. huhuuu
Han Hanni said…
Penat jugak kalau balik hari time balik kg/atas kenduri yg agak jauh 2-3jam drive. lagila kalau kita pun dah start sakit2 pinggang kan..