Pagi Ahad Yang Dingin

Hai😍

Assalamualaikum.
Salam Ahad buat semua.

LM sedar agak lewat pagi ni. 6 pagi baru tersedar. Macam biasa blur jap bila sedar. Hahaha. Ingat kan harini hari sekolah, rupanya Ahad.

Bangun kejut Acha subuh dan terus baring semula. Epiaod terbaring hari Jumaat berlarutan sampai semalam. Hari semalam je 3 kali LM gelap mata nak pitam. Mujur incek boss ada sempat sambut papah ke katil. Hurmm meluat gak dengan diri sendiri yang tak abis abis nak pitam. Rasanya dah seminggu badan terhuyung hayang camni.

Pagi ni sejuk nyaman je. Moga harini Kesihatan LM lebih baik dari sebelum ni. Doakan ye.

Pagi ni ada perjumpaan Ibu bapa dengan teacher kat tadika Ariz Syahim. Lepas tu nak sarapan luar kot dan terus cari barang dapur yang hampir semua benda dah nak licin tu. Sabun semua dah nak habis, huhu. Lepas zuhur nak ke asrama kakak diPuchong top up barang dia. Harini dia ada exam SMU(Sijil Menengan Ugama). Moga kakak dapat me jawab dengan tenang. Doakan kejayaan kakak ye

Okey lah, LM nak bancuh susu dulu lepas tu nak makan ubat. Demam tak ke ah sejak Khamis. Jap berpeluh, kejap sejuk ujian betul bila tak sihat ni. Apa pun alhamdulillah, masih bernafas lagi. Syukur. 

Post a Comment

1 Comments

ezy.fia said…
morning!
semoga diberi kesihatan yg baik.. =)