Hari ke 5 Aish Di Wad

Assalamualaikum semua.

Salam Isnin yang indah. Lama LM menyepi. Bukan menyepi membawa diri tapi agak busy urus baby Aish yang tak sihat. Aish ni demam on off sejak awal cuti sekolah haritu. Dah pergi klinik ubat pun dah habis malah on antibiotic tapi tetap tak baik baik demam. Demam dia bukan sentiasa panas tapi datang 12 ke 14 jam sekali

Sebelum ke klinik memang LM dah bagi ubat tapi tak baik. So pergi klinik dapat la pakej dengan antibiotic. Tapi demam datang lagi hari Rabu. Dah makan ubat demam masih lagi ada demam kuat Khamis tu. LM dah panik. Maka malam tu lepas ayah dia meeting terus mjnta bawakan ke klinik.

Bila check darah, sel darah putih sangat tinggi. Ayah dia WhatsApp kata kena ke hospital. Laju-laju LM kemas barang untuk ke hospital. Cuma bawa untuk satu malam saja. Tapi tak sangka la kami dah stay sini 4 malam dah. Huhu.

Doakan Aish cepat sembuh ye. Sel darah putih dah rendah semula tapi kuman banyak kat paru paru dia dan ada sikit benda lain yang tak okey lagi. Doakan ye. Kahak dia banyak. Haritu nebulizer 4 jam sekali. Lepas tu dah turun ke tiap 6 jam. Mulai petang semalam dah 8 jam sekali je. Alhamdulillah.


Okey semua jumpa lagi. 

Post a Comment

0 Comments