Selepas D&C

 Selepas D&C proses cuci rahim tu aku tak dibenarkan sendirian ke tandas. Tekanan darah aku sangat rendah masa tu. Aku tak jangka aku kena stay 1 malam lagi kat wad sebab doktor kata biasanya lepas buat pagi petang boleh balik.

Lepas lunch aku baring je layan mamai kesan ubat. Kesian Aish dan Ariz video call pun aku reject. Memang tak mampu nak cakap masa tu. Aku tak tau aku ada suara tak masa tu sebab rasanya lama giler tak cakap sejak masuk wad. Aku cuma menangis dan menangis tu je


Bila mood aku dah okey, try nak video call dua hero kecil tu tapi tertido dalam rajuk rupanya. Dan akhirnya aku tak dapat tengok muka mereka pun sampai malam. Mamai lan macam, mungkin aku keletihan darah banyak keluar pun ye juga. Sebab masa aku operation buang batu hempedu dulu tak la lama sangat mamai macam ni.


Bila dah lewat petang aku suruh suami balik je. Anak-anak pun dah nak tuisyen lepas maghrib. Aku boleh agak memang tak boleh balik sebab dah lewat petang masih tak kata boleh balik pun. Bila suami dah balik baru nurse bagi tau dokyor Khamsiah suruh rest sampai keadaan aku stabil.


Aku layan blues je la sensorang. Malam kedua tu aku tidur sorang. Orang katil sebelah dah balik dah pagi tu lepas aku keluar dari bilik bedah. 


Tidur dalam terang la aku malam tu. Tak tau kenapa nurse tak tutup lampu. Alu pun malas nak bangun tutup lampu. Nurse asik datang check pad aku tengok darah banyak ke tak, tanya nak buang air ke itu ini tau tau dah pagi. 

Nanti aku sambung lagi ye..daaaa

Post a Comment

2 Comments

Amie said…
Moga cerita seterusnya baik-baik saja.
Wak Lat said…
salam ziarah.. mugo cepat sembuh..