Sakit Tulang Belakang

Assalamualaikum Pagi semua. Harini baru ada sikit kekuatan untuk menaip. Lama LM tak sihat, takda mood nak share cerita malah tak larat menaip juga. Kisahnya dah lama memang LM ada rasa sakit di belakang tapi tak la teruk sangat. Sekejap okey sekejap tidak. Cuma, sejak menjaga mertua yang sakit ni mungkin LM tersalah teknik masa tarik mertua. Salah skill la kot? Terus zrappp rasa kat pinggang. Makin lama makin teruk bisa mencucuk. Berdiri lama sakit, dah baring nak bangun pun sangat susah malah bila Berjalan lebih 10 minit akan rasa nak putus pinggang ni. Bila pinggang sakit ditambah pula sendi jari rasa bisa mencucuk walau takda bengkak memang buat mood swing. Nak buat kerja semua serba tak kena. Jari makin susah nak buat kerja,berdenyut dan pegang apa apa mula terlepas. Pegang sudip jatuh. Nak cuci pinggan pun takut sebab kerap terlepas pecah sumpik perkakas dapur ku. Huhu. Khamis petang jumpa doktor dengan harapan dapat penawar sakit yang boleh buat diri kerana sebulan dua ni sejak dia makan parah. Disebabkan nak kena xray, ambil darah 5 tabung dan perlu fisio maka warded lah LM pada hari Jumaat pagi Proses mengambil darah dari jam 9 lebih pagi sampai 3 lebih baru selesai. Entah berapa orang mengerjakan LM last sekali pakar bius yang ambil kan darah selepas solat Jumaat tu pun kena guna alat scan vena baru boleh ambil. Korang doakan LM cepat sihat ye. Hasil X-ray ada sikit bengkok pada tulang belakang LM di bahagian bawah sebab tu pinggang rasa nak putus. Alhamdulillah dah buat 3 kali fisio, pinggang dah reda banyak sakit nya. Mujur lah bukan slip disc. Rawatan jari, leher semua berjalan lancar. Alhamdulillah...
Ni semasa baru mula nak ambil darah. Ada yang keluar beberapa titis saja darah lepas tu stop. Mujur lah cubaan ke 10 tu berjaya. Sampai kena scan vena sebab halus sangat tak jumpa cari. Huhu Okey lah korang, nanti LM cerita lagi. Doakan LM sembuh tau. Kena gigih buat fisio kalau nak baik cepat. Dengan physiotherapy ada 14 sesi ke 12 sesi ntah. Lupa dah.harap semuanya selesai dengan baik sebab result darah ada yang 3 minggu baru dapat. Maka, belum tau sepenuhnya sakit apa.

Post a Comment

2 Comments

AzianKhalil said…
Semoga LM cepat sembuh...Mak mak ni kan tengkuk keluarga. Kalau mak sakit, satu rumah kemurungan
Ammar said…
Ya Allah kesiannya Kak LM. Semoga cepat sihat seperti sedia kala.. Dan paling penting sekali jaga kesihatan. Kerana kesihatan itu mahal harganya.

Lama menghilang ingatkan Kak LM dah tak tulis blog. Rupanya masih ada blog ni ya. Alhamdulillah.....