Ayah Sakit

Assalamualaikum Sejak bulan tiga tahun lalu kami diuji ayah sakit. Ayah tak boleh makan akan muntah dan termengah-mengah bagai tak cukup oksigen. Sebelum raya haritu ayah dah teruk, kami bertahan je sebab tak mau lah ayah beraya di wad. Bila raya ke dua tengok keadaan ayah makin teruk kami tak berlengah terus hantar ayah ke hospital. Ingatkan reda lepas tu. Khamis lepas keadaan ayah teruk semula. Dia sendiri minta do hantar ke hospital. Bila memikirkan adik ipar ada urusan luar Negeri takda siapa boleh urus ayah di hospital Segamat, kami ber empat yang tinggal di Kuala Lumpur dan Selangor ni sepakat pindah kan ayah ke Hospital Serdang supaya mudah nak urus dan jenguk ayah. Bertapa lah ayah di Serdang, jadi orang sini sementara nak sihat. Lagi pun sini. Ada pakar jantung boleh terus check mana yang patut di sini memandangkan di Segamat tiada pakar jantung. Doakan ayah LM cepat sembuh ye. Sampai sekarang tak tau punca ayah termengah-mengah tu

Post a Comment

1 Comments

Suria Amanda said…
Semoga dipermudahkan buat aayah LM ye...