Assalamualaikum
Hai Semua.
Alhamdulillah harini LM berkesempatan ke pasar untuk cari stok ayam dan ikan. Musim hujan ni harga sayur naik stok susah dapat katanya. Harga ikan pun nampak beza seringgit dua juga naik ya dari harga biasa. LM ambil lebih sebab risau seminggu dua lagi takut stok ikan susah nak dapat sebab musim tengkujuh.
Kami memang ke pasar Pudu untuk cari ayam sebab kami sembelih sendiri ayam tu, pasar borong dekat sebelah tan perumahan kami saja tapi di sini tak boleh sembelih sendiri, ayam dah siap proses. Pasar Serdang pun ayam dah siap proses. Ikan dan sayur di Pasar Pudu ni pun segar, tu yang gigih juga ke kami ke sana walau perjalanan setengah jam lebih kurang dengan menaiki motosikal. Kalau naik kereta lagi la lama sebab jalan jammed.
Ikan kecil kembung dan kerisi pun LM beli juga. Sotong beli untuk dua kali masak. Sayur tak beli sangat sebab dah beli 2 hari lepas di NSK.
Apa yang LM perasan sayuran di pasar harganya naik mencanak musim hujan ni banding sayur di pasaraya. Selepas ni beli sayur di pasaraya dulu la kot musim hujan ni. Nanti dah normal harga barang di pasar baru beli sayur di pasar basah semula.
Bila harga barang naik, nak merungut pun tak boleh, kita faham faktor cuaca main peranan. Benda nak makan kena juga beli. Kan?
4 Comments
Kadang confused kalo lihat harga sayur di pasar tradisional dengan di supermarket bisa lebih murah supermarket. Jadi kasian lihat seller di pasar. Mereka jadi sepi juga, tp memang Krn cuaca ini harga2 di pasar jadi banyak naik 😔
ReplyDeletePH pun kadang lebih suka beli sayur dekat pasaraya, lebih murah dan mudah sbb dah packed. Harga pun tertera dekat plastik dah. Senang, ambil dan bayar sambil² tu calculate siap² dlm kepala harganya 😁
ReplyDeleteBetul kalau musim hujan, harga barang naik sikit kan.
ReplyDeleteharga brg naik is a norm kat msia..memang struggle sgt utk majority of us
ReplyDeleteTerima kasih sudi membaca dan komen. Komen yang baik2 saja ye. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.
Andai ada sebarang pertanyaan boleh email saya di lydiamiza23@yahoo.com