Salam, masih ada penggemar aiskrim Malaysia? kali ni saya buat aiskrim jagung pula




Aiskrim jagung yang mewah jagung.. Nyumsss

saya tambah jagung krim dalam tin jenama ayam brand tu je,hehe. 
Jap lagi sambung buat aiskrim limau kasturi pula, terkenang zaman sekolah dulu selalu beli aiskrim limau

Aiskrim jagung ni saya campur dengan sedikit susu cair agar ada rasa lemak berkrim . jangan lupa letak secubit garam agar naik rasa lemak tu. untuk jadikan aiskrim gebu saya tambah dua sudu besar bancuhan tepung jagung semasa masak bancuhan aiskrim ni.