Cerpen-Jika Ini Takdirku



Sejak pertemuan pertama aku terasa hatiku bergetar menatap wajahnya. Senyum manis si dia buat jantungku berdebar-debar. Benar kata blogger ujang tu "kalau ada perasaan gemuruh bila berjumpa seseorang berhati-hatilah...kemungkinan besar anda sedang jatuh cinta". Ya, aku mungkin telah jatuh cinta sejak pertama kali melihat kelibat Aishah. Seorang gadis peramah dan tak lekang dek senyuman. Pemilik wajah yang menenangkan tiap mata yang melihatnya. Pemilik mata yang sungguh cantik dan wajah manisnya dihiasi dengan subutir bibir mungil yang bisa jiwa lelakiku berdebar.

Dia peramah sedangkan aku pendiam. Dia hadiahkan senyuman dan hanya senyuman manis dapat aku balas. Aku hanya mampu memandang tanpa keberanian untuk menegur. "Zarir...u tengok apa?" suara keras tunangku menikam telinga. Bingit terasa dengan kenyaringan suaranya. "Err tak da apa, tengok budak lelaki tu bincang apa suara kuat sampai ke sini." aku cuba mereka cerita. Kalau aku tak berdalih pasti Zira tau aku mengintai seorang gadis yang bisa buat jantung aku berdebar-debar. 

*****

Setahun berlalu sejak pertemuan pertama kami di Ekspo tu aku dan Aishah makin akrab. Tak sukar ntuk aku dekati gadis peramah itu. Walau peramah dia cukup menjaga jarak dalam persahabatan kami. Sentiasa tepati waktu solat, sentiasa berbaik pada tiap makhluk terutama kucing liar dan paling aku suka dia tak pernah buang tulang atau kulit ayam yang dia makan. Pasti dibungkus untuk disedekah pada kucing yang meliar. Kebetulan tempat kerja aku dengan Aishah berhampiran maka itu tidak menyukarkan aku dan Aishah bertemu. " Shah...awak takda buah hati ke, asik keluar dengan saya je?" aku mula memancing soalan. " Eh ramai je buah hati.."jawab Aishah dalam tawanya. Muka aku mula sesak nafas. "Takda la...buah hati saya kan awak saja..itu pun sebelum awak dan Zira nikah, lepas ni dah tak boleh dah nak lepak sama kan?" jawab Aishah dalam senyum manisnya. Aku hanya terdiam sendiri. Lidah kelu tak terluah. Aishah ada perasaan pada aku? tapi kenapa dia tak nampak sedih padahal aku akan bernikah sebulan saja lagi. 

" Awak tak sedih buah hati awak nak nikah dengan orang lain?" aku bertanya. "Kenapalah saya nak sedih, masa saya kenal awak pun awak memang dah bertunang dan jadi hak orang lain. Awak sudi jadi sahabat saya pun dah syukur, awak banyak bantu saya." Luah Aishah. Mata Zafirah berlalih ke arah lain. Mungkin dia tak sangkup pendengar perbualan aku dan Aishah. Zafirah selalu menemani aku dan Aishah bertemu, kadang-kadang ada Adam dan Siti juga rajin lepak bersama kami. Memang tak pernah aku dan Aishah keluar makan berdua. Biasanya memang kami akan berempat atau bertiga. Tunangku Zira juga dah tau yang kami satu group berkawan baik. Tapi Zira tak suka keluar bersama kami katanya kami macam 'kurang siuman' jika bersama.  " Shah...awak bergurau?" aku cuba dapatkan kepastian adakah benar Aishah mempunyai perasaan kasih lebih dari sahabat terhadapku. Aishah hanya mengangguk sambil mengelap air matanya yang laju bercucuran. Aku hulurkan sapu tangan dan Aishah cuma mengambil tanpa memandang aku.

"Maafkan saya..saya tau awak dah ada tunang dan akan nikah bulan depan."perlahan saja suara Aishah. " Saya pun minta maaf, saya sangat sayang awak lebih dari sahabat. Kalau boleh saya mahu menikahi awak, saya nak tapi saya tak sanggup kerana semua telah diaturkan." Aku cuba lahirkan apa yang aku rasa. " Jangan! awak tak boleh batalkan semuanya...saya yang bersalah, abaikan saja apa yang terpendam dalam hati kita." pinta Aishah  sambil esaknya semakin kuat. Sejak mula kenal Aishah aku dapat rasa sau perasaan yang indah antara aku dan dia. Kami banyak persamaan walau aku sedikit pendiam. Aishah sangat bersederhana, dia tak make up seperti kebanyakan gadis lain. Amat berbeza dengan Zira tunangku. Wajahnya bersih dan nampak segar. Hanya olesan lipstik pink saja jika dia berhiasa, itupun hanya untuk menutup wajah pucatnya saja. Memang tanpa lipstik wajah ayu kesayangan aku tu nampak sungguh pucat.Minat kami sama dalam bidang penulisan. Orang nya amat bersahaja dan tak memilih makan sama sepertiku.

"Wei korang aku pergi beli air dulu eh" Siti pergi meninggalkan kami berdua.  Aku hanya mampu menarik nafas sedalam-dalamnya. "Jika saya nak menikahi awak macam mana?" aku mula bertanya lagi. " Awak akan bernikah dengan Zira, mustahil semua tu..mustahil buat saya" Aishah menjawab. " Tapi saya boleh kahwin 4 kan?" aku menguji lagi. " Mustahil untuk saya diterima oleh Zira..sudahla, saya memang dari dulu amat menyukai awak, tapi saya tau saya tak layak menyintai awak Zarir." sayu saja suara Aishah. Tak mampu aku menatap wajahya. Tapi aku lega akhirnya Aishah mengaku punya perasaan terhadapku. Sangka ku dia hanya anggap aku sebagai sahabat baiknya saja. Bila semuanya terluah aku rasa amat pedih sekali...mana mungkin aku tinggalkan Zira begitu saja sedangkan saat pernikahan kami dah amat hampir. Zira memang bukan pilihan hati, mama yang jodohkan kami. Walau aku tak menyukai gadis make up tebal macam Zira namun aku terpaksa ikutkan pilihan mama. Zira orang cantik, sentiasa melaram dan sentiasa hidup dikelilingi pujian dek lelaki terutamanya. Kerjanya melaram bergaya dan mendapat pujian. Sedangkan aku sendiri seakan tiada erti dalam hidupnya kadang- kala tu. 

*****

Hari besar buatku tiba..hari ni sah lah aku bergelar suami terhadap Zira. Terpikul lah tanggungjawab aku buat Zira. Alhamdulillah pernikahan kami berjalan lancar. Zira nampak gembira cuma dari matanya tiada sinar bahagia. Aku sedikit curiga apa yang dipendam Zira." Zira...u tak gembira ke?" "Bahagia..gembira sangat, kenapa?" " Takda apa, cuma i dapat tangkap mata u seakan tak gembira atas pernikahan kita. Walau bibir u tersenyum tapi i dapat rasa genggaman tangan u tak erat dan seperti terpaksa." aku meluahkan kegusaran hati. " U nak cari salah i ke Zariri?" suara Zira mula meninggi. "U ? naper jerit ni..kan i cuma bertanya." aku cuba menenangkan Zira. " Ok, fine...i nak terus terang. I tak sudi pun jadi isteri u tau, i nikah dengan u pun sebab papa dan mama yang paksa I. I tiada pilihan lain dah kecuali ikutkan saja sebab I tak mau mereka tarik semua yang mereka beri pada I selama ni. Hati I masih tak boleh nak lupakan Zul kekasih hati I. Sampai sekarang pun I dan dia masih berhubungan." lancar sekali apa yang Zira lafaskan...aku seperti terpukau dan mati kata-kata. Gugur air mataku setitis demi setitis. 

" Baiklah, I terima apa yang u katakan. Patutlah u tak hargai i pun selama ini. Walau hati i terpaut pada gadis lai tapi i tetap jaga perasaan u dan layan u sebaik mungkin kerana i tau jodoh dari keluarga itu adalah yang terbaik. Tapi takdir hari ini adalah satu dugaan besar buat i, i tak kecewa..i akan laluinya dengan tenang. Apa lah guna pernikahan ini jika hati u ada pada Zul." aku luahkan kekecewaan aku. "So, u nak buat apa, masih nak simpan i sampai kerepot?" Zira menyindir aku. Aku menggenggam tangan menahan marah. Saudara mara masih ramai dan aku cuba mengawal keadaan supaya mereka tak perasan pertengkaran antara aku dan Zira sedang memuncak. "Tak mengapalah Zira, andai Zuladalah kebahagiaan u teruskanlan. Pilih la jalan terbaik untuk u bersama dengannya. Jika i tiada makna dalam hidup u, i akan pilih jalan i sendiri. U tau kan apa perlu u lakukan untuk u bersama dengan Zul buah hati u? Pergilah failkan perceraian dan lepas i ceraikan u boleh u nikah dengan Zul." aku beri jalan buat zira teruskan kebahagiaannya. " Tak.. i nak u cerai i sekarang, i tak mau pergi mohon perceraian, i tak mahu family i tanya mengapa i nak bercerai."Zira semakin galak mengapikan aku. 

*****

Aku tau Zira tak mahu aku ceraikan dia secepat mungkin supaya semua mata melihat aku yang jahat. Tapi aku tak mahu ceraikannya begitu saja tanpa sebab. Aku mahu dia bertanggungjawab atas semua ini. "Awak ada masalah?" tiba-tiba Aishah menyapa. " Takda apa, cuma letih sikit." Aku menjawab ringkas. " Naper tak datang majlis saya?" " Saya tak rela lihat awak bersanding ..." aku terpukul dengan kata-kata Aishah. Nampak dia teramat sedih atas perkahwinan aku. " Awak..saya tak tau nak kata apa...tapi walau baru 2 minggu saya bernikah saya nak awak tau yang Zira sedang berusaha failkan perceraian kami." Aku cuba menerangkan. " Sebab apa? sebab saya?" " Bukan..Zira ada buah hati dan terpaksa ikut semua permintaan ayah ibu untuk bernikah dengan saya. Malam pernikahan tu Zira bagitau saya." Aku cuba berlagak seperti biasa, seperti hatiku tak terluka dengan semua ini. " Maafkan saya, saya tak dapat ringankan beban awak. Tapi saya tak sanggup lihat awak bersedih." perlahan saja pujukan suara Aishah. 


*****
Oleh kerana aku berkeras tak mahu menceraikan Zira maka dia terpaksa mengaku pada ibu dan ayahnya bahawa dia ada buah hati bernama Zul dan minta maaf atas semua ini. Zira mengaku terlalu ikut perasaan tetapi tak sanggup membuang cinta hatinya kerana Zul adalah kebahagiaannya bukan aku. Tanpa aku duga juga Zira dalam dia telah tahu aku punya perasaan terhadap Aishah dan dia telah merisik Aishah untuk aku peristerikan. 

Tak sangka dalam kerasnya hati Zira ada juga lembutnya. Aku amat hargainya.  Proses perceraian kami berjalan lancar dan selepas 6 bulan perceraian kami selesai aku menikahi gadis yang aku impikan iaitu Aishah Baharom. Alhamdulillah syukur kepada Allah yang Esa kerana membuka pintu hati Aishah menerima kehadiran aku walau telah bergelar duda. Syukurlah Zira berani mencari sinar kebahagiaan nya tanpa malu bergelar 'janda'. Pada Zira jika semua ini diteruskan pasti kami tak akan bahagia. Akibat sikap aku yang amat lemah Zira terpaksa lalukan semuanya demia kebahagiaan empat hati yang saling menyinta. Terima kasih ya Allah, walau kasih kami terputus ditengah jalan Kau atur kan jodoh kami semula dengan izinMu. 

Aku berharap ramai lagi insan di luar sana yang seberani Zira dalam mengejar kebahagiaan. Walau kita ingin menjadi anak yang patuh pada ibu bapa tapi rasanya kita tak perlu korbankan kebahagiaan empat hati kerana perkahwinan bukanlah medan perjudian dalam mempertaruhkan bahagia atau derita untuk kita raih bersama. Alhamdulillah....aku percaya Qada' Qadar dari Mu Ya Allah...

Post a Comment

2 Comments

Unknown said…
La kalo awl2 gtau xde la cerai bagai

grrr grm lak ngn zira tu
Kira Sakura said…
wahhh terkaku sekejap..

erm x salah nk tolak permintaan keluarga asalkan cinta yg kita pilih menepati ciri islam yg ditetapkan kn kak..

*konon nk berangan jadi aisyah tp trus cancel die pakai lipstik pink, kira langsung xde lipstik... hihihi