Mee Kari.
Menu ni antara juadah kegemaran family time bulan puasa. Semalam LM buat menu ni untuk Kali kedua bulan Ramadan ni.
Hidang awal dan wrap supaya tak kalut time berbuka nanti.
Menu ni walau mudah kadang kalau malas juga nak buat. Nak kena rebus telur, cekur sayur dan fish ball semua tu. Tapi kalau nak cepat dan mood malas memang LM lebur saja fish ball dan sayur dalam kuah tu terus. Hihi.
Ada yang tak suka telur kita tak letak. Siapa tak makan sayur tak payah letak sayur.
Nak tambah? Silakan. Ummi buat sekilo Mee kuning memang banyak tak terhabis boleh makan untuk sahur sekali.
Betul jangkaan LM, Mee Kari ni tak habis pun makan semasa berbuka puasa semalam. Maka, pagi tadi siapa nak Mee Kari akan makan Mee Kari. Siapa nak makan nasi dipersilakan kerana LM ada masak sambal sardin juga pagi tadi.
Entah kenapa Ramadan Kali ni tiada Mee bandung, Mee sup dan sebagainya .mungkin LM dah Mula kurangkan juadah berasaskan Mee Kuning dalam hidangan family kot? Demi kesejahteraan perut, kami cuba kurangkan pengambilan gluten dan diet harian.
8 Comments
sedapnye mee kari....
ReplyDeletesuka mee kari ada kerang
ReplyDeleteTak pernah lagi buat mee kari masa bulan puasa ni. Mee sup je buat.
ReplyDeleteHehe siap dipek awal macam untuk jual pula.
ReplyDeleteAik? Semalam pun uncle berbuka mi kari...!
ReplyDeleteBetul la tekaan PH semalam, LM nak masak mee kari :)
ReplyDeleteSedapnya mi kari LM ni...
ReplyDeleteammi pun rasa tahun ni husband tak masak menu mi goreng dia untuk berbuka. biasanya ada
ReplyDeleteTerima kasih sudi membaca dan komen. Komen yang baik2 saja ye. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.
Andai ada sebarang pertanyaan boleh email saya di lydiamiza23@yahoo.com