Dia Bukan Milikku- Ep 2


Ep 1

3/11/2010


Pagi ni aku bersiap awal untuk ke sekolah. Tiba-tiba rasa bersemangat untuk ke sekolah. Sebeanrnya aku sangat rindukan Duan. Aku nak berbincang dengan Duan. Tiga minggu kami menjeruk rasa. Aku tak berani nak hubungi Duan begitu juga dia terus menyepi dan menghilang. Adakah Duan masih menyintai aku seperti 4 tahun lalu? Melihat Duan bermesra dengan Lya dulu pun dah cukup rasa tersiat hati aku ni. Teringat saat Duan menerima kehadiran Lya dulu, aku rasa bagai tersisih. Lya, senior aku. Classmate Duan. Mana berani aku nak rampas Duan dari Lya. Aku pun masa tu menyukai Duan hanya dalam diam. Tapi sekarang ni aku pula yang akan pergi dari hidup Duan. Menikahi insan yang akau tak cintai. Menikahi abang aku. Abang Naz yang aku dah anggap seperti abang kandung aku sendiri.

Buka pintu bilik je abang Naz dah terjengul di depan pintu. " Jom minum sama-sama dik" pelawa abang. "err takpa lah abang, adik nak gi naik kereta sendiri je, nak capat lah," jawab aku acuh tak acuh. " Tunggu abang minum jap, abang ada sesuatu nak borak dengan adik. Kita kan memang hari-hari pergi kerja sama-sama" pujuk abang.

"Abang, adik tak boleh nak bincang dengan abang sekarang. Adik rasa hati ni hancur sangat. Adik buntu la abang." rintih aku perlahan. Aku turun laju dan salam dengan ummi. Abang mengejar aku dan bersalam juga dengan ummi. Ayah belum turun kot, terburu-buru aku menyarung kasut. Abang dah buka pintu kereta. Sah la aku kena mengalah dan berdepan dengan abang....huhuhu. Aku diam membatu, hanya air mata aku saja yang mengalir laju. "Adik marah abang ye?" abang mememcah kesunyian. " Ye, sangat marah. Abang tau kan adik sangat terkejut dengan ini semua. Adik sayang Duan, adik dan duan kan dah plan nak kahwin. Sampai hati abang kan? Sampai hati abang musnahkan impian kami" laju semua tu keluar dari mulut aku. Jahatnya aku...

"Adik, apa yang mampu abang buat sebagai seorang anak? abang perlu patuh permintaan mereka. Mereka membesarkan abang bagai anak sendiri. Hanya itu saja yang boleh abang lakukan untuk membalas jasa mereka lebih-lebih lagi itu permintaan terakhir arwah ibu abang. Sebagai seorang abang pastinya abang nak gembirakan adik. Adik tau kan, bahawa abang sangat sayang pada adik. Akan lakukan apa saja demi kebahagiaan adik"tegas suara abang menjawab. Aku jadi kelu. Tak mampu aku nak bertikam lidah dengan abang. Aku sangat sayang dan hormati abang. Tak tergamak aku nak berkata-kata kasar dengan abang. 

"Abang, adik sayang abang. Sangat sayang...tapi adik cintakan Duan. Adik nak kahwin dengan Duan. Kesianlah pada kami. Kesianlah pada adik. Kita tak akan bahagia. Duan akan merana, adik pun akan sengsara, derita, hancur. Abang takkan bahagia beristerikan adik. Adik tak mampu buat abang bahagia. Adik tak mampu berkongsi suka duka bersama abang. Berkongsi bilik dan berkongsi katil. Adik tak boleh. Tolong faham apa yang adik rasa ni abang". Air mata aku semakin laju. Aku tengok mata abang juga digenangi air mata.

Sampai sekolah aku cuba cari Duan di bilik sukan tapi takda. Mana Duan? biasanya dia sampai awal. Kereta Duan dah ada tapi dia di mana, aku berlari anak cuba cari Duan di makmal komputer. Yes, kasut dia ada...buat apa dia kat sana pagi-pagi ni? Peliknya...

Aku ketuk pintu dan masuk. "Assalamualaikum" aku memberi salam. Duan tergamam melihat aku. Aku lebih tergamam. Duan berjambang, misai tak bercukur. Aku tak pernah tengok Duan selekeh dan tak terurus begitu. Baju cuma digosok lebih kurang. Teruknya keadaan cinta hatiku." Qaseh, duduk lah, abang nak bincang sikit" pinta Duan.Aku hanya mampu menahan air mata. "erm..abang, Qaseh minta maaf atas apa yang berlaku. Qaseh janji..." "Qaseh, jangan minta maaf, Qaseh tak bersalah dalam hal ini. Abang tak salahkan sayang langsung. Memang kita hanya mampu merancang. Abang tak sangka masa bertemu ayah Qaseh tempoh hari akan jadi begini. Tak terfikir langsung ayah Qaseh akan tentang hubungan kita dan akan jodohkan Qaseh dengan Nazrul. Abang tak tau Naz bukan abang kandung Qaseh sebab selama ni abang tengok kalian ke sana sini macam adik beradik kandung. Malah ada juga Naz sentuh pipi Qaseh kalau bergurau kan? Abang tak sangka...." celah Duan.



" Kami pun baru tau hari tu. Kami pun terkejut sangat. Maafkan Qaseh, Qaseh minta abang bersabar ye. Qaseh akan pujuk ayah dan ummi. Abang cakaplah dengan abang Naz. Kita kena usaha untuk batalkan hasrat ayah ni. Niat hati ayah ni akan buat 3 hati merana. Qaseh tak sanggup kahwin dengan abang Naz" aku merayu pada Duan. Duan nampak buntu, aku dah hilang arah. Air mata dah menderu laju. Duan panik tengok aku dah seakan nak histeria. "Qaseh, maafkan abang, ni masalah keluarga Qaseh. Dalam kisah kita ni Naz yang anak angkat bukan Qaseh. Qaseh perlukn ayah untuk mewalikan pernikahan kita. Abang tak mau kita nikah tanpa restu keluarga. Abang tak rela Qaseh jadi anak durhaka, sayang. abang sangat cintakan Qaseh tapi abang tak sanggup Qaseh lukakan hati ummi dan ayah Qaseh. Qaseh dan Naz bincang elok-elok ye. Abang buntu, abang hanya mampu berdoa agar Allah akan temukan jodoh di antara kita. Abang tak pernah salahkan Qaseh. Abang harap Qaseh berhati-hati selesaikan masalah ini agar tak mencalarkan hati ummi dan ayah ye sayang. Demi Allah abang emmang sangat terluka dengan semua ini. Tapi demi cinta dan sayang abang, abang relakan Qaseh bernikah dengan Naz kerana itu janji ummi pada arwah ibu Naz. Abang yakin Naz akan jaga Qaseh sebaik mungkin. Sedangkan sebagai abang dia sangat menjaga Qaseh, inikan pula sebagai suami. Abang harap lepas ni kita tak bersua sendirian lagi seperti ini. Tak manis kita macam ni sebab Qaseh kan tunangan Naz sekarang. Abang tak mau dianggap perosak hubungan Naz dan Qaseh pula nanti." Duan seakan melepaskan apa yang terbuku.Air mata aku semakin lebat. Semakin lama semakin kabur wajah Duan. Aku rasa tak bermaya.....



******

Aku rebah rupanya. Entah berapa lama aku pengsan pun aku tak tau. Sedar-sedar dah berada di bilik guru bersama Sha dan Dila. Sha dan Dila nampak panik. " Qaseh, kenapa kau pengsan? Kau gaduh apa dengan Duan sampai pengsan-pengsan ni. Duan pukul kau ke? Korang kan tak pernah gaduh sakan, gaduh manja tu biasalah. Duan curang dengan kau eh?" mak aii punya banyak soalan Sha. Benci aku nak menjawab soalan Sha tu. Makin sakit kepala aku sebenarnya. "err aku..." baru aku nak cerita abang dah ada depan aku. Tak jadi aku nak cerita. " Adik okey tak? lepas minum air abang hantar klinik. Adik sakit kat mana? dada ke kepala? risau abang tau" abang nampak cemas. " Adik okey, tak payah pergi klinik kot." Aku cuba redakan cemas abang. " Dila, cepat bagi adik aku air lepas tu tolong papah dia masuk kereta. Aku tunggu di kereta. Bencinya, aku bukan sakit pun. Tak perlu pergi klinik pun sebenarnya. 

Masuk kereta je abang memang dah ada dengan Duan sedia menunggu aku. " Sha, kau teman aku eh." aku buat muka kesian kat Sha. " Ala, jantung hati kau Duan kan ada sama, perlu ke aku teman kau.? Kau kan kalau nyawa-nyawa ikan terus segar bila tengok muka jambu Duan tu" balas Sha kejam. Terkekek-kekek dia gelakkan aku. Macam tak kesian je dekat aku yang sakit ni. Cis, kejam betul ayat sahabat aku ni. Dia tak tau aku dalam kemelut agaknya. Aku serba salah dah la ada Duan dan abang dalam tu dengar ayat merepek Sha tu...huhu. "Aku ada meeting la kejap lagi.Duan teman kau kira okey lah tu adik sayang...."gurau sha lagi.

******

Sakit aku kena cucuk sana sini, ambik darah masuk air semua. Doktor kata aku okey, mungkin aku stress sebab tu aku pitam dan pengsan katanya. Ummi dan ayah dah sampai teman aku kat bilik ni. Duan hanya menunduk tak mampu dan hadapi wajah ayah kot. Lepas salam dengan ayah Duan cuma diam tak macam selalu mereka bergurau dan berbual mesra. Duan dan abang pun nampak tegang. Mungkin duan rasa terpinggir dalam situasi di sini. Aku? aku hanya mampu menangis dan menangis. 

"Qaseh ada nak cakap apa-apa ke? Keputusan ayahkan dah muktamad. Qaseh satu-satunya anak kandung ayah. Hanya Qaseh seorang anak ayah. Ayah sayangkan Qaseh. Begitu juga dengan Naz, ayah sayang kalian. Kami dah berjanji denga arwah ibu Naz akan jodohkan kalian bila besar nanti. Ayah bukan tak suka Duan. Jika ayah dan ummi tak berjanji dengan arwah ibu Naz pasti ayah restu hubungan kalian. Ayah suka Duan, ayah pun dah sayang Duan sejak dari dulu lagi. Adik jangan buat ayah rasa serba salah dan terus diburu rasa bersalah. Ayah tau ini bukan perkara main-main. Tapi tolong faham situasi ummi dan ajah juga. Adik tak kesian pada ummi? Ayah lihat sejak peristiwa tempoh hari adik banyak mengurung diri. Tak mau berbincang langsung." ayah meluahkan apa yang terpendam. Aku makin sedih mendegar rintisan ayah.

" Pakcik, Duan tak salahkan pakcik atau sesiapa. Duan terima keputusan ini dengan redha. Duan doakan Qaseh akan bahagia bersama Naz. Naz sahabat Duan, pastinya Duan mahu Naz bahagia juga. Cinta Duan buat Qaseh akan Duan simpan jauh dalam hati ini. Walau tak berjaya menikahi Qaseh di dunia ni Duan harap kasih kami akan 'tersimpul' di sana nanti." Duan mula bersuara. Ya Allah drama apa ni. Masing-masing mengalah. Duan redha melepaskan aku bersama abang. Abang seperti biasa cuma berdiam diri. Geramnya aku dengan sikap abang. Pak turut ke apa ni, grrrr. 



Aku pandang abang, mengharap abang cakap sesuatu untuk bahagiakan aku dan Duan. Aku sangat mengharap abang menolak permintaan ummi dan ayah.Tiba-tiba abang bersuara...

"Duan, aku tak bermaksud nak rampas Qaseh dari kau. Aku sejak dulu lagi merestui hubungan korang. Aku memang dah anggap kau macam adik ipar aku pun. Maafkan aku Duan, aku hanya menurut kata ayah. Menunaikan janji ayah, ummi dan ibu. Aku...." abang nampak berhati-hati mengeluarkan kata. Duan cuma menepuk-nepuk bahu abang tanda faham. " Err saya minta diri dulu, saya ada urusan sikit. Qaseh rehat ye, abang pulang dulu. Qaseh kena cepat sembuh, nak mengajar kena sihat" luah Duan sekilas ke arah aku. Makin laju air mata aku.Tiada lagi panggilan sayang dari Duan. Tiada lagi...dan tak mungkin ada lagi. Hilanglah kasih, hilanglah cinta hati. Hilang sudah insan kesayanganku. Hilanglah tangkai nyawa bak kata Dila dan Sha. Mampukah aku meniti hari mendatang tanpa Duan?

Lepas ni aku perlu hidup tanpa Duan. Tanpa cinta Duan. Tanpa melahirkan perasaan cinta aku pada Duan. Apa harus aku ceritakan pada Sha, Dila dan semua cikgu di sekolah tentang kemelut kami ni. Aku malu, semua orang tau hubungan aku dengan Duan. Semua tau kami rancang nak nikah dalam masa terdekat ni. Dalam sebulan dua ni sebab aku tak mau bertunang lama-lama. Aku bakal bernikah tak lama lagi, tapi dengan abang. Dengan abang aku? Ya Allah hampir aku tersungkur menerima dugaan ini. Bernikah tanpa rasa kasih, dengan insan yang abang Naz. Besarnya dugaan ini. Aku tak mampu menangis lagi. Tapi aku tak mampu untuk berdepan dengan semua ini. Moga Allah tabahkan hatiku, tebalkan keimananku dan ringankan ujian ini agar aku dapat laluinya dengan mudah, amin.


bersambung....

Post a Comment

11 Comments

TS said…
CINTA tak semestinya MEMILIKI...
siMpLY nana said…
Betapa sendunya bila kita sendiri berada di tempat qaseh...
Unknown said…
Grm ngn qaseh tetbe hehe

ase abg naz tu oke je
Unknown said…
wahhhhhhhhhhhhhh
adikku lydia ada cerpen..
kena save dalam draf nie..


i like
Fasihah Supian said…
SEPENDAPAT NGAN IFAH!HEHE ABG NAZ CAM AWESOME JE.HAHA
fRaMe+LenSeS said…
Perghhhh. Tpaku adk mbacanya kak.
Klulah adk dlm situasi tu ntah cmne la.
Kedua watak lelaki ohsem kak. Suka. ;)
Ammar said…
Boleh buat novel ni. Sis Lydia tak tulis novel ke?
Jo Qusary said…
Konfius jap blog sape neh, hehehe...
adele said…
Argh..benci plak dgn Naz tu..whuuu..

kenapa akk buat citer mcm ni?huaa..tak suka keadaan mcm ni..huwaa
perhh . . mnarik kowt . .
Kira Sakura said…
tersepit tengah-tengah.. sian diorg bertiga.. kenapa mesti kena ada kawen paksa..huhuhuhu