Dia Bukan Milikku -Episod 4


Episod 3

Alhamdulillah Allah beri hati yang tenang dan memudahkan urusan perjalanan hidup aku.Hati aku semakin tenang sekarang ni. Aku tak putus berdoa agarup aku. Aku semakin menerima kehadiran abang Naz dalam hidup aku. Aku semakin ikhlas memberi hati ini buatnya demi ummi, ayah dan demi mengharapkan keredhaan Allah yang Esa. Aku tak pernah lupa restu ummi dan ayah menjanjikan kebahagiaan buat anak-anaknya.

Hari pernikahan kami semakin hampir. Jam tangan yang aku nak belikan untuk abang sebagai hantaran tu dah sampai. Aku order melalui internet saja. Dapat murah sikit harganya, aku kan jimat..ehehe. "Abang, busy tak petang ni, lepas sekolah ni hantar adik pergi ambil barang boleh?" aku bertanya pada abang. Nampak dia murung dari tadi."Boleh, nanti abang hantar. Tapi kita makan dulu sebelum tu ye, abang nak bawa adik makan best-best lunch nanti" kata abang sambil tersenyum manis. "Okey, dah lama kita tak makan bersama kan? Adik nak tanya abang sikit boleh? aku mula memancing abang. "Kenapa abang sudi terima adik sebagai isteri sedangkan abang takda perasaan cinta pada adik, tak tau akan bahagia atau tidak. Dan lebih teruk abang tau perangai buruk adik dari dulu lagi kan?" tanya aku panjang lebar.

"Adik, tau tak...abang percaya ketentuan Allah itu adalah yang terbaik bila abang mendapat 'bayangan'adik adalah yang terbaik buat abang,bila abang sudah membuat solat istikharah 3 malam berturut-turut. Bila adik membisu abang cuma mampu berdoa agar ia mudah buat kita sekeluarga. Abang tak mau mempersoalkan keburukan atau kelemahan adik. Adik dah cukup sempurna buat abang. Cukup didikan agama, bijak mengaji dan berzanji. Pandai tajwid, bijak memasak. Abang yakin abang akan bahagia bersama jodoh yang Allah atur ni. Kelemahan adik biarlah abang yang tutup dengan kelebihan yang abang ada. Itu pun jika ada kelebihan dalam diri abang untuk memberi kebahagiaan pada adik nanti" jawab abang. Aku terkedu dengan jawapan ikhlas abang. Rupanya dia menerima kau dengan ikhlas, membuat solat istikharah memohon petunjuk Allah sedang aku hanya berkurung dalam bilik dan menyalahkan abang kerana tak membantah cakap ummi dan ayah.

"InsyaAllah adik cuba jadi yang terbaik buat abang, bimbing adik ye?. Tapi lepas nikah abang nak panggil 'adik'lagi ke?" soal aku. "Hehehe...panggil adik tak salah pun kan? tapi panggil Qasehku lagi best kan dik?" abang mula mengusik. Eh, tiba-tiba hati aku seperti berbunga-bunga. Di lamun cinta ke Nur Qaseh? Aku perlu berjuang untuk lebih bahagia. Untuk menjadi anak yang patuh, isteri yang taat dan tidak dilupa untuk menjadi seorang hamba Allah yang patuh pada kehendak Illahi. Jika abang adalah untukku aku terima dengan ikhlas. Aku berdebar-debar menanti hari istimewa kami. Aku mula yakin aku akan bahagia bersama abang. Duan hanya mimpi, Duan hanya kenangan dan kini Duan hanya bayang-bayang buat aku. Bayang-bayang yang tak mampu untuk disentuh walau ia dekat. Bila disentuh ia akan hilang.Itulah Duan dalam kehidupan aku. Realitinya abang adalah insan yang mula mencuit hati kecilku kini.


"Uit, senyum sorang-sorang ni mengelamun eh?" aku disergah Dila. "Menyampah la kau ni. Baru aku nak feeling-feeling bersanding kau dah kacau." balas aku sambil penepik lengan Dila. "Hati sedang berbunga-bunga ye...kantoi kau Qaseh. Apa Naz mandrem sampai tiba-tiba kau berubah ni?" Dila mula curiga. "Tak baik tau kau ni cakap abang aku macam tu, eh silap..kau cakap bakal suami aku macam tu. Bukan tak kenal abang Naz, lemah lembut, penyayang, penyabar. Siapa pun akan terpikat dengan sikap abang Naz kan?" Soal aku pada Dila. "Ye la, dulu menjeruk rasa putus kasih dengan Duan. Tiba-tiba berubah, tu yang aku pelik." jawab Dila. "Syhhh mulut kau tu slow la sikit. Orang dengar tak syok la nanti" aku mula tak sedap hati takut ada yang memasang telinga akan perbualan kami. Memang benar sangkaan aku. Duan memerhati dari jauh. Nampak sangat dia memasang telinga apa yang Dila cakap tadi. 


"Qaseh, nak pergi sekarang?" abang dah tercegat depan aku. "Jom, dah lapar dah ni. Lepas makan kita pergi ambil barang tu ye."kataku sambil sibuk mengemas barangku yang berselerak di atas meja." Abang dah menunggu di dalam kereta.Tak sabar aku nak tengok jam hantaran untuk abang Naz tu. Berdebar-debar hati aku sebenarnya. Itulah satu-satunya hantaran yang aku pilih, lainnya cuma ummi dan ayah yang beli.

Kami makan lauk siput sedut, ikan keli masak sambal. Gulai tempoyak ikan patin dan ulam-ulaman bersama sambal belacan. "Adik nak ambil barang apa?" tanya abang. "Erk, sebenarnya adik beli jam untuk hantaran. Jam tangan abang kan dah lama, adik belikan untuk abang yang baru"jawab aku malu-malu."Alahai Qasehku sayang, jangan lah membazir, dah banyak dulang dah tu hantaran kita kan?" jawab abang sambil tersenyum."Takpe, Qaseh nak hadiahkan untuk abang juga. Dari kecik memang Qaseh yang pilih jam tangan abang. Dah nikah nanti sampai Qaseh pejam mata ia akan terus berlaku" jawab aku sambil kenyit-kenyit mata pada abang."Owh, kenyit mata nak goda abang eii?" usik abang nakal. Tergelak besar kami berdua. Adoii, apa yang aku cuba buat ni pun aku tak tau. Kelakar la pula bila kenang kembali. Dulu kenyit mata tanda aku nakal, sekarang buat macam tu abang kata aku nak goda dia pula..kah kah kah.


*****
"Adik pergi mana tadi?" tanya ummi. "Pergi ambil jam tangan yang adik beli untuk abang tu, sebelum tu kami pergi makan kat kedai biasa. "Kenapa ummi?" aku hairan bila ummi bertanya."Takda apa, cuma ummi bahagia tengok adik ceria sekarang ni."jawab ummi sambil tersenyum manis.Aku hanya tersenyum mendengar. 

Lepas Maghrib aku lepak dalam bilik saja. Aku buka email yang dah lama aku tak buka. Sibuk sampai dah lama tak buka email. Bersusun email yang aku tak baca lagi rupanya. Satu demi satu aku buka. Hampir semuanya dari Duan. Duan? kenapa dia hantar email pada aku ye? Aku mula membuka satu demi satu email Duan.
....
 Salam sayang, sihat ke? Abang macam ni lah...abang tak mau tengok Qaseh sedih dan hidup dalam terpaksa. Abang nak Qaseh terima semua ni dengan ikhlas dan redha ye sayang. Plizz, jangan hancurkan perasaan ummi, ayah dan naz

-Love Duan.


Aku buka lagi...

Assalamualalaikum Qasehku sayang, sihat ke? Duan lihat Qaseh dari jauh semakin murung. Kenapa? Qaseh masih tak boleh terima semua ni ye? Maaf, abang tak boleh jadi hero bawa qaseh kahwin lari. Itu bukan cara abang. abang doakan qaseh dapat terima semua ni, amin.

-Love Duan


.....

Ada lagi email Duan

Assalamualaikum Qaseh.

Sejak Qaseh dah berpindah meja lain abang rindu nak dengar suara Qaseh. Entahla...maafkan abang terpaksa meluahkan. Bukan niat nak ganggu perasaan Qaseh tapi abang masih belajar kehilanganmu.Jaga diri ye.

-Love Duan

......


Salam Qaseh,

Abang nak bagi tau yang abang dah mohon tukar ke sekolah lain. Awal bulan depan abang mula mengajar ke sana. Tak jauh pun..huhu. Johor saja kan. Moga lepas abang takda Qaseh boleh delete memori lama dan teruskan dengan kehidupan baru, amin.

-Love Duan

.....

Tak sanggup aku nak baca semua email yang lain dari Duan, aku delete semuanya dan aku mula email buat Duan.

Assalamualaikum .

Terima kasih mendoakan Qaseh bahagia dengan abang Naz. Terima kasih juga sudi menjadi pengapit abang Naz masa pernikahan tu nanti. Abang memang sahabat yang baik, sanggup mengetepikan perasaan sendiri demi sahabat. Sob sob sob..Qaseh bukan yang terbaik buat abang, buktinya Allah tak menemukan jodoh di antara kita kan?


Jaga diri abang di Johor nanti. Qaseh doakan agar abang menemui insan yang baik buat pengganti Qaseh. Qaseh akan melawat abang nanti bersama abang Naz. Moga persahabatan abang dan abang Naz tidak retak akibat peristiwa yang menyakitkan kita ini, amin. 

-Qaseh



Siap taip aku terus send. Mungkin ini yang terakhir aku berhubung dengan Duan. Cukuplah hanya sampai di sini. Aku milik abang, bukan kekasih Duan lagi. Itu aku perlu ingat dan semat dalam diri.


Aku tertidur rupanya. aku sapu air mata yang masih tersisa di pipi. Aku membuka telekung dan berwuduk. Solat isya' dan lepas tu terus solat sunah dan solat hajat memohon Allah kurniakan kekuatan buat aku menempuh dugaan ini. Tiga hari lagi aku akan bernikah. Berdebar jantung hanya aku seorang saja yang tau. Bernikah bukan dalam cuti sekolah amat meletihkan. Perlu terburu-buru membuat persiapan lepas pulang dari sekolah. Letihnya....


*****


3 hari sebelum majlis.


"Qasehku, tak tidur lagi?" abang Naz mencuit bahuku dari belakang. "Belum, saja tengok bulan" kataku perlahan. "Tengok bulan ke terkenangkan Duan?" abang bertanya. Aku terus masam mencuka."Abang cemburu? mana ada ingat Duan, Qaseh fikir pasal kita la" aku jawab perlahan."Mestilah cemburu, kan Qasehku sayang ni nak jadi isteri abang. Kalau terkenangkan Duan pastilah abang cemburu. Duankan kacak, tinggi macam galah. Kurus macam taugeh, mata bulat macam guli, gigi cantik macam gigi colgate, muka sweet macam kek karemel" abang cuba mengusik aku lagi. "Abang, maafkan Qaseh, tolong jangan ungkit kisah Duan boleh, ampunkan Qaseh. Tapi Qaseh sangat terluka abang sebut macam tu." aku merayu pada abang."Okey-okey...abang minta maaf,abang bergurau saja tadi. Tapi Duan tu sahabat baik abang, harap Qaseh dapat sesuaikan diri nanti bila kita dah nikah ye. Jangan main mata dengan Duan dah la ye..hihi" abang mengusik aku lagi.Geramnya...aku cubit perut abang kuat-kuat. Kalau takda baju mau tercabut perut kulit dia agaknya, huhu...



*******

Masa berlalu begitu pantas. Esok majlis pernikahan aku dengan abang. Sha sibuk minta pendapat aku tentang baju dia untuk jadi pengapit masa majlis pernikahan aku nanti. Kami memang tak bersanding pun, gambar pun kami cuma akan upah jurugambar untuk ambil gambar di taman saja nanti. Pernikahan kami pun ringkas saja nanti, cuma keluarga terdekat dan majlis makan - makan bersama keluarga dan teman - teman. "Sha, hati aku tak sedaplah. Tak tau kenapa" aku mula menyuarakan pada Sha."Ala,kau gementar agaknya tu. Jangan fikir banyak la." pujuk Sha. "Harap begitulah, tapi hati aku berdebar kencang, aku tak tau nak baca surah apa lagi ni. Macam nak pecah debar hati aku ni." aku mengadu pada Sha lagi. "Zikir banyak-banyak, jangan fikir benda buruk-buruk" Sha memeluk bahu aku erat. Untungya aku ada Sha dan Dila, mereka sentiasa bersama aku saat aku susah dan senang.


Petang ni aku nak pergi ambil tempahan kek di rumah kak Liza. Aku plan nak pergi dengan abang Naz saja tapi ummi tak bagi abang memandu. Kata ummi darah manis tak boleh memandu. Ummi minta Duan hantarkan kami. Duan macam biasa tak membantah sedia sentiasa membantu kami membuat persiapan. Itulah Duan, sentiasa sanggup jika perkara yang berkaitan dengan abang. 


Duan memandu kereta abang menuju ke rumah kak Liza, bila nak balik tu abang bersungguh-sungguh nak memandu keretanya. Dia kata Duan bawa kereta tak laju la, macam siput sedut la. Macam-macam abang bersungut. "Abang, biarlah Duan yang pandu, nanti ummi marah la" aku memujuk abang."Takpe, bukan ummi tau pun, abang sakit hati tengok Duan bawa kereta macam bawa lori balak..hahaha" gelak abang kuat. Duan hanya tergelak mendengar omelan abang. "Tak payah, aku boleh bawa laju lagi. Tapi beri aku kunci tu,nanti ummi kau marah pula nanti. Penat ummi kau minta aku teman korang pergi ambik kek tiba-tiba kau pula nak memandu." Duan merebut kunci kereta dari tangan abang. Abang laju menepis dan terus mencucuk kunci dan sedia memandu. Kami terpaksa mengalah...geram pula dengan sikap degil abang ni.


"Duan, ni kan kereta aku. Kau mana pandai bawa kereta aku. Kereta kau kan auto,sebab tu kau terkial-kial bawa kereta aku ni" abang mula 'membakar' Duan."Kau jangan laju-laju Naz, kecut perut aku ni." Duan membalas sambil tangan berpaut pada pemegang. "Aku ni pemandu paling berhemah la Duan, macam tau tak kenal aku, kan Qaseh?aku dengan Qaseh akan lawat kau di Johor nanti. Kau kena bawa kami makan angin tau. Tapi ..." Abang, ada lori depan tu, dia nak potong kereta tu, elak abang. Elak!!!"aku menjerit kuat. 


Dummmmmmmmmmmmmmm!!! aku hanya nampak kereta kami melanggar pokok. abang mengelak lori tadi sehingga kami terbabas ke tepi jalan. "Qaseh, Qaseh sakit ke? Luka tak?" Abang bertanya padaku. "Qaseh sakit abang, kaki Qaseh tersepit. Abang okey ke, banyaknya darah di kepala abang. Qaseh cuba call sesiapa minta bantuan ye. Mana beg qaseh..huhu" aku mula menangis. Beg aku entah mana aku dah tak nampak. Aku hanya nampak serpihan kaca dan mata aku pun dah kabur kerana darah mula membasahi kepala ku.


"Naz, kau okey tak? Kaki aku tersepit, aku cuba keluar dan tarik kau keluar nanti ye? Bertahan kejap" Duan menepuk-nepuk pipi abang yang berlumuran darah. "Aku okey, risau Qaseh tu. Duan, kalau apa-apa jadi pada aku kau janji akan jaga Qaseh gantikan aku ye." abang berpesan pada Duan. "Aku janji, kau takkan apa-apa. Nanti mereka bantu kita. Jangan risau" balas Duan. "Duan, janji dengan aku...kalau aku tak panjang umur kau akan nikahi Qaseh. Ganti tempat aku. Aku amanahkan Qaseh pada kau. Hanya kau yang aku percayakan untuk menjaga Qaseh kalau aku tiada nanti." abang mula berpesan itu ini pada Duan. Aku yang kesakitan naik marah dengar pesanan abang. Merepek tak tentu pasal."Abang, diam lah, kejap Qaseh cuba cari handphone, Qaseh call minta bantuan. Abang jangan cakap bukan-bukan" aku cuba menenangkan abang.


"Duan, janji dengan aku Duan." Abang menjerit lagi pada Duan bila beberapa pemuda cuba menyelamatkan kami dengan membawa kami keluar dari kereta. "Aku janji, kau takkan apa-apa lah Naz, kita semua dah selamat dah ni" Duan membalas sambil cuba berpaut pada pemuda yang membantunya. Aku tak boleh berjalan, kaki aku benar-benar sakit. Darah membasahi muka dan kaki aku. Dari pinggang ke bawah penuh berlumuran darah. Kami dibaringkan di tepi jalan. Abang dah ada bersebelahan dengan aku. "Qaseh, kalau abang tiada nanti terimalah Duan semula. Tunaikan impian abang ni ye Qaseh ku?" abang mula semula, aku rimas dengan kata-kata abang. "Abang pulangkan Qaseh semula pada Duan." abang menghabiskan kata-kata. Aku tak sedar apa-apa lepas tu sedar saja aku dah berada di wad ditemani ummi."Ummi, abang mana? bawa Qaseh jumpa abang. Duan macam mana? Mereka okey kan ummi? Ummi?" aku soal ummi, dada aku macam nak pecah bila teringatkan abang. Duan pun nampak parah akibat kemalangan tu. "Adik rehat dulu nanti baru ummi cerita ye" ummi menyapu air mata yang tak henti-henti mengalir. Abang, macam mana keadaan abang? aku tak henti berdoa agar abang selamat.


bersambung....


 

Post a Comment

9 Comments

Eyeme said…
alamak kak..suspen betull..mcm dah tau je apa akan jadi kat duan dan abg naz..

cepat2 buat episod 5 kak..hehehe


pssst:pasni buat novel pulak kak :D
Kakzakie Purvit said…
Alahai buat kakak terkedu. Janganlah abang meninggal pulak. Duan? eh... entahlah buat kakak suspen adik nie tau...
TS said…
erk..xpasal2 airmata ni bergenang..
betulla kan kak..
cinta xsemstinya memiliki..
tp cinta dari-Nya yang pasti akan kita miliki..
syariena said…
Argh x suke..sedih je cite ni -syariena-
adele said…
:'(
fuhh..mmg tragis...
siMpLY nana said…
Awk ni...wat suspen lak...abang...hu3
Unknown said…
okeh sgt tragis

tetibe sayu lak
Kira Sakura said…
akak... kenapa perlu ada yg mati...huhuhuhu