Sunday, December 10, 2023

TUKAR HELMET MADANI?

 Assalamualaikum


Teruja nak pergi tukar helmet kononya. 

Hai Semua. Salam Ahad. 

Kami ni berangan la juga nak join program tukar helmet MADANI tu. Ala program tukar helmet lama kepada helmet MADANI Sempena setahun bersama kerajaan MADANI. 

1 hari sebanyak 1000 helmet diagihkan katanya. Kami plan nak ke sana Jumaat tapi bila tengok sesak sebab ada perlawanan bola sepak terus tak. Jadi pergi. 

Semalam kami ingat takda la jem. Jadi ngek juga pergi sana naik kereta. Fuhh dua tiga kali pusing tak ada parking. Balik Je la. 

Harini kami ke sana menaiki motor kakak Maisarah sebab motosikal pakji ada di bengkel. 

Baru nak keluar dari security pakji patah pusing balik. Tak ada Minyak katanya. Balik rumah pula isi minyak. Huhu

Tayar meleper pulak 

Baru gerak turun bukit, tayar goyang lain macam. Tak ada angin rupanya. 
Isi angin dulu baru gerak. Patutlah rasa lain macam Je dengan tayar. Haihh kakak Maisarah ni. Macam mana dia bawa ke kampus ntah. Tak check tayar ke. Bahaya betul. 


Sampai juga. Yeah. 

Dengan panas lit lit masuk la terus ke dalam. Eh tau tau helmet habis? 

Terus keluar dari situ, cari tong sampah campak buang situ Je helmet tu. Malas la LM nak bawa balik. Pakji ajak ronda tengok pameran bagai terus LM rasa malam. LM kata, takpa. Pergi la, LM tunggu depan booth pergigian tu. Tapi bila pakji tengok LM takmo jalan ronda ronda dia pun terus ajak balik. 

Dengan orang yang ramai, panas pula tu. Tambahan pula tujuan asal ke sana tidak kesampaian, terus malas nak lama lama di sana. 

Tahniah kepada 3000 orang yang menerima helmet baru dalam program ni. Semoga selamat sentiasa apabila menaiki motosikal. Jaga diri masing masing tau. Seram bila baca ramai terlibat dalam kemalangan maut yang melibatkan penunggang motosikal. 


www.tips-fb.com

Saturday, December 9, 2023

DOA PAGI HARI


 Assalamualaikum

Salam Sabtu

www.tips-fb.com

Friday, December 8, 2023

ANAK POKOK CILI DI PASAR TANI UPM


 Assalamualaikum.


Harini Jumaat hari yang di tunggu tunggu. Hujung minggu, tak sabar nak rehat. Hehe.


Biasanya hari Jumaat pakji tak busy sangat, maka sempat lah ke pasar tani beli anak pokok. Area kawasan kami, hanya pasar tani upm saja yang LM tau ada jual anak pokok. Tak tau nak cari mana selain situ. Murah pula tu, cuma rm2 saja.


Kadang tu kalau anak pokok cili, beli baru dua minggu dah berbuah. Happy sangat!


Tadi LM beli anak pokok cili besar dua pokok, anak pokok terung bulat 2 pokok, anak pokok terung mini 3 pokok, anak pokok tomato 2 pokok. Tanah 1 beg. Eh ada pokok Bunga gantung jurai tu 2 jenis dan ada pokok kesum juga.


Ha... Seronok kan? Ye la dah masuk musim hujan, lebih baik LM fokus kepada pokok sayur, mudah hidup time ni. Korang suka tanam sayur apa? Nak tanam sawi bayam entah bila. Kurang rajin tanam pokok sayur berdaun sebab siput babi suka kacau.



www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...