Episod 3
Aku hanya berdiam diri sepanjang dalam perjalanan. "Nak pergi rumah Ayu tak?"mama bertanya lagi. "Okey," jawabku pendek. Sampai saja rumah Ayu kami memberi salam dan disambut oleh ibu ayu dengan mesra. "Ayu sihat makcik?"tanya aku. "Sihat, makcik gembira tengok Syahmi dah sembuh. Boleh pergi kuliah dengan mudah dan habiskan pengajian. 3 bulan lagi habis kan?" tanya ibu Ayu. Aku cuma tersenyum dan mengangguk. "Boleh jumpa Ayu ke makcik?" tanya aku lagi. Mama hanya memandang aku dengan kerutan di dahi. Mungkin mama namak yang aku agak mendesak." Ayu sihat, cuma...Ayu tak berapa ingat lepas kemalangan tu. Makcik dan pakcik saja dia ingat. Makcik tak mau susahkan hati Syahmi sebab tu makcik tak beritahu berita ni dari dulu. Ayu masih pergi ke kelas tapi dia cuma pergi kelas dan terus pulang dijemput oleh pakcik. Dia tak ingat siapa kawannya, tapi sekarang ni dia dah mula ingat beberapa kawan baik dia. Cuma, bila kami tanya ingat Syahmi atau tidak katanya tak ingat." " Takpa lah makcik..Ayu sihat dan selamat dalam kemalangan tu pun saya dah lega. Semua ni salah saya, kalau saya tak cuai haritu pasti tak jadi kemalangan tu. Ayu tak ingat pun salah saya, maaf kan saya makcik." Aku bersuara lemah menjawab kata-kata ibu Ayu.
"Ibu, kita ada tetamu rupanya..."Ayu bersalam dengan mama dan mengangguk sambil senyum padaku. Aku terpaku seketika. Memang benar Ayu tak kenal aku. Dia duduk di kerusi bersebelahan aku tanpa tanda dia mengenali aku." Ayu, ni kan Syahmi, ayu sangat rapat dengan Syahmi malah sama-sama kemalangan dengan dia hari tu. Ayu ingat?" ibu Ayu mula bertanya pada Ayu. Ayu berpaling dan terus menatap wajahku. Dia melentokkan kepalanya sedikit ke kiri dan merenung aku sambil tersenyum manis. Hatiku mula berbunga, aku harap Ayu kenal dan ingat aku kembali. " Tak ingat lah ibu, maaf Syahmi..saya tak ingat awak. Tapi saya rasa saya dan awak pasti rapat..saya dapat rasa. Saya tak rasa awak asing dalam hidup saya. Awak kekasih saya ke? hihihi...."Ayu tergelak manja seakan mengusik. " Memang pakwe Ayu lah tu, tak ingat ke?" ibu Ayu terus mencelah bila melihat raut wajah aku berubah bila Ayu kata tak kenal aku.
" Takpalah makcik, saya tak penting sangat pun dalam hidup Ayu. Kalau saya penting pasti Ayu ingat nanti...mungkin esok lusa Ayu akan ingat jika diizinkan Allah. Tapi jika tak ingat saya terus pun saya redha. Apa yang penting Ayu selamat dan sihat.Semua ni salah saya...saya terima.Saya dan mama pulang dulu ye, dari hospital terus ke sini tadi." aku berkata perlahan sambil menanti mama bersalaman dengan ibu Ayu. Ayu nampak kabur, dia agak terpinga-pinga..mungkin terkejut dengan reaksi aku. Takpalah..aku juga sangat terkejut dengan penerimaan Ayu. Aku tak sangka semua ini berlaku. Ayu hilang ingatan selepas kemalangan itu. Dalam sekelip mata Ayu buah hatiku melupakan aku. Tak kenali aku dan bersikap acuh tak acuh terhadapku. Pahit semua ini tapi aku terima ketentuan Illahi. Aku dan mama pulang ke rumah. Alhamdulillah aku dapat kembali menatap rumah ku, bilik ku dan apa yang paling indah melihat senyuman manis mama. Pengubat duka, menawar kelukaan hatiku selama ini.
****
Aku berbaring di atas katil. Menanti mata layu namun masih tak mengantuk. Aku teringatkan Haida dan rasanya belum terlewat untuk aku hubungi Haida. Agak pelik reaksi Haida saat perpisahan tadi."Assalamualaikum. Syahmi ye?" dia bersuara. "Waalaikummussalam Haida, dah tidur ke? Maaf mengganggu malam begini. Agak lewat, tapi ...tiba-tiba rasa nak hubungi Haida walau sekejap."aku menelaskan." Eh takpa Syahmi, Haida memang selalu tidur lewat. Tak kisah pun. Awak okey ke? Seronok kan dapat balik ke rumah.."Haida memulakan perbualan. Tenang dan lembut suaranya. Menenangkan hati yang mendengar."Alhamdulillah, dah dapat melihat, dah sihat..boleh lihat senyuman mama dan lihat gadis comel macam Haida dah cukup buat saya gembira. Terima kasih kerana kerap membantu saya selama saya di sana ye Haida."aku menyusun ayat agar Haida tak terhidu perasaan aku mula berkocak bila berbual dengannya.
"Takpe, saya ikhlas melakukan semua ini. Tanda persahabatan awak dan saya. Memang saya perasan awak selalu nampak bosan bila mama dan kawan baik awak tu pulang. Kesian pula saya lihat awak tak berteman.Saya temankan pun bila saya tak sibuk saja, kalau sempat kita berbual...tak sempat saya lihat awak dari jauh saja lah...hihi"pengakuan iklas si dia buat hatiku berombak-ombak. Apa maksud Haida?dia suka aku juga? Persoalan mula menerjah dalam diri. "Haida, maafkan saya, boleh saya bertanya sesuatu. Haida tinggal sendiri atau bersama keluarga?"aku mula bertanya."Saya tinggal bersama keluarga. Ada saya dan ibu saja, adik saya di asrama cuma pulang hujung minggu. Saya orang susah, bukan macam Syahmi."kata Haida menjawab pertanyaanku.
***
Tak sangka masa berlalu begitu pantas, aku dan Haida semakin akrab. Pengajianku lagi 2 bulan akan tamat dan aku akan memulakan kehidupan di luar sebagai seorang peguam pula. Ada beberapa kali aku bertemu Haida ditemani oleh adiknya pada hujung minggu. Aku juga beberapa kalu terjumpa Ayu di kolej, Ayu cuma senyum bila bertemu denganku. Walau aku cuba ajak dia berbual atau minum bersama dia menolak dengan baik. Aku dapat rasakan dia tak boleh terima aku lagi. Aku amat asing dalam kehidupan Ayu kini. Sampai bila harus aku menanti Ayu?Perubahan yang amat ketara Ayu nampak sungguh Ayu kini. Dengan bertudung sopan, berbicara sopan tidak seperti dulu. Dia juga tak lincah dan tak terlalu peramah seperti dulu. Alhamdulillah doa aku untuk melihat insan kesayanganku berumah ke jalan Allah telah dimakbulkan.Mungkin melupakan diriku adalah bayaran buat perubahan Ayu, aku terima semua ini dengan hati yang ikhlas.
Bagi rakan yang rapat dengan kami pastinya mereka sedih melihat perubahan Ayu. Aku tak mampu mengembalikan ingatan Ayu kerana dia langsung tidak mau berbual panjang denganku. Aku terlalu asing dalam kehidupannya mungkin. Apa yang aku semakin perasan Ayu kerap berbual dengan Ijat, budak baru dari Penang tu. Takpalah, jika itu kebahagiaan buat Ayu aku relakan dia pergi. Memang dia telah pergi dari hidupku sebenarnya. Sejak kemalangan itu, sejak dia menghilang..sejak semua itu berlaku.
Aku rasa aku perlu mengatur langkah untuk meneruskan hidup ini. Aku rasa aku perlu lupakan Ayu dan memandang Haida pula. Kami semakin akrab dan aku terpikat dengan kelembutan Haida. Haida cukup sempurna di mataku, cuma mama kurang bersetuju aku memilih Haida. Mama masih mahukan Ayu menjadi pasanganku. Mustahil itu akan berlaku selagi Ayu tak mengenaliku. Perlukah aku memikat Ayu dari mula?Sedangkan kami dah berkasih bertahun-tahun. Ayu pula tidak seperti dulu, Ayu lebih menjaga pergaulannya kini.Pakaian yang sopan dan amat menyejukkan mata dan hati bila menatapnya. Sedangkan memang aku dari dulu mengimpikan pasangan begini. Tak sangka semua ini berlaku pada Ayu tapi ....aku dan dia amat asing dan jauh.
Melupakan Ayu bukan mudah. Keputusan aku muktamat...memilih Haida dan minta restu dari mama. Ibu Haida menerima kehadiranku dengan baik sekali. Mama berkeras mahukan Ayu dan minta aku bersabar. Aku tak sanggup lagi. Aku tak harus biarkan Haida ternanti-nanti membuat keputusan. Memilih Ayu atau dirinya. Aku tak pernah ketemukan Haida dengan mama lagi. Pertemuan mereka di hospital itu adalah terakhir. Aku belum cukup kuat meyakinkan mama bahawa Haida adalah pilihan terbaik buatku. Akan aku simpan kenangan manis percintaan aku dan Ayu jauh di dalam sudut yang istimewa. Moga Ayu menemui insan yang baik dan dapat membahagiakannya.Hubungan aku dan Haida semakin kukuh...semakin mengenali hati budi gadis manis ini buat hatiku berbunga riang. Tapi memikirkan tanpa restu mama adakah kami akan bahagia? Aku perlu beritahu mama bahawa aku punya perasaan dengan Haida. Harap mamamenerima Haida dalam hidupku kini.
****
"Syahmi, pengajian dah tamat...tak lama lagi dah nak mula kerja. Mama dan papa dah carikan beberapa syarikat yang sesuai untuk syahmi kerja nanti. Semuanya syarikat kawan papa. Rasanya lebih mudah bekerja dengan orang yang kita kenali. Mama nak syahmi bertunang dulu sebelum mula kerja. Mama dah tak sabar nak terima menantu."permintaan mama buat aku lemah. Buat jantungku hampir gugur."Mama , saya suka sangat dan telah terpaut hati dengan Haida, mama restu hubungan kami?Tapi Syahmi belum luahkan perasaan dan hasrat untuk melamar Haida lagi sebab belum cerita pada mama dan papa lagi."aku bertanya pada mama.
"Haida?nurse yang selalu dengan Syahmi tu?"mama agak terkejut. "Ye, harap mama suka Haida. "kata ku agak perlahan." Alhamdulillah, tingkah laku lembut, senyuman manis, putih merah, bibir comel...kalau itu pilihan Syahmi mama sangat suka. Harap baik dan beriman orangnya. Dari wajahnya mama harap dapat cucu secantik ibunya nanti." aku terkejut dengan jawapan mama. Ingatkan mama tak suka Haida. Alhamdulillah mama tak menentang. Aku perlu segera dapatkan persetujuan Haida agar aku tak kehilangan lagi insan yang aku sayangi. Mungkin ini jodoh buatku. Pasangan untuk ku meniti hari mendatang mencari keredhaan Illahi.
******
Haida agak terkejut apabila aku meluahkan perasaan. Haida terdiam membisu buat aku risau dan panik. Adakah Haida sudah punyai pilihan hati?" "Syahmi, harap awak faham. Saya ni anak orang sederhana saja, boleh di kata anak orang susah. Saya rasa saya tak sesuai untuk bersama awak."Haida meluahkan. " Maksudnya awak tak suka dan takda hati pada saya, dan saya hanya bertepuk sebelah tangan?"aku bertanya. "Begitulah agaknya, maafkan saya. Saya tak boleh terima awak untuk jadi suami saya. Kita terlalu berbeza, saya yakin ramai gadis lain sesuai dengan awak selain saya." Haida berkata dengan perlahan tetapi tegas."Tapi saya suka awak, saya sayang awak dan mula mencipta angan-angan untuk memiliki awak." aku cuba meyakinkan Haida."Ye, saya tau awak suka saya, saya tau perasaan awak pada saya dan saya dapat rasa semua itu.Cuma kita tak boleh bersama. Maafkan saya...tapi saya cukup gembira bersahabat dengan awak, terimalah saya sebagai sahabat tetapi bukan kekasih.Maafkan saya sekali lagi." aku cuba memahami bait kata Haida. Renungan matanya tak mampu menipu. Aku pasti Haida juga menyintai aku. Mengapa dia tak menerima aku? " Awak ada kekasih ke?" aku cuba bertanya lagi. Tak mampu aku terima keputusan Haida hanya kerana katanya dia orang susah. Sedangkan mama dan papa tak pernah memandang darjat dan kedudukan selama ini.
"Saya takda kekasih, saya memang belum sedia nak bernikah lagi dan cuma anggap awak sebagai sahabat saya saja.Maafkan saya ye Syahmi. Saya pulang dulu. Saya kerja syif malam hari ni. Dah lewat dah ni." Haida minta diri sedangkan aku terpinga-pinga sendirian. Pelik, sangat rasa aneh bila Haida tak mau terima aku. Selama ni dia cukup gembira bila berbual denganku, matanya bersinar dan senyuman sentiasa terukir di bibirnya.Lama aku termenung di taman tu...memikir tak berkesudahan. Pening aku dengan sikap Haida. Rasanya pasti ada yang tak kena ni. Aku berhenti solat di masjid saja. Tak sempat rasanya untuk aku pulang ke rumah mengejar asar sebelum masuk maghrib. Lepas tu aku mengisi perut ku yang dah berkeroncong dan bercadang nak temui Haida di Hospital. Aku harap masalah ini dapat aku selesaikan secepat mungkin.

Selepas solat maghrib aku terus menuju ke Hospital dengan penuh debar. Cari Haida takda pula. Tanya pada kawannya Siti katanya Haida off, esok baru naik kerja. Eh, aku pun lupa jadual kerja Haida. Tapi tadi dia kata dia kerja? hurm...makin berserabut fikiranku. Aku lalu dia hadapan bilik Doktor Ridzwan. Ada tetamu di biliknya. Berbaju seperti...ye seperti baju Haida. Baju Haida siang tadi. Aku mendekati bilik doktor Ridzwan. " Tak Wan, Haida tak sedia lagi. Jangan paksa Haida." Aku terdengar Haida merayu. Wan? dia panggil doktor Ridzwan wan saja? mereka bercinta? Aku tak sanggup nak mencuri dengar dan terus mengintai lagi. Aku pulang dalam pelbagai pertanyaan, pelbagai kesimpulan dan entahla..ada juga perasaan marah dalam hati ku ini. Haida mempermainkan aku rupanya. Dia dan doktor Ridzwan bercinta? kalau tak mengapa dia panggil cuma Wan saja?
bersambung.....
9 Comments
hurmm..saye harap ingatan Ayu kembali dan kembali bersama Syahmi..
ReplyDeletetapi Haida...hmmm
alaaa npe syahmi buat kesimpulan cpt sgt..huhuhuhu
ReplyDeletewah akak pun dah mula buat cerpen yerk...cepat sambung yerr...:)
ReplyDeleteJom kunjungi Entri Terbaru saya Top 10 Browser
ReplyDeletesaya pon ade pon cerpen jugak. jomlah singgah~ Untuk Kali Kedua
Klu adk jd dia pn sdh kak. Org plg syg x igt kita. Huu. Dah dipersimpangan plak da. Huu
ReplyDeletedag dig dug
ReplyDeletewaaaaaaaaa..tgh hot nie.. maner laksmbungannyer..terbaiklah..huhu..
ReplyDeletelike3.monster
bla nk bwat sambungan dy??
ReplyDeletekak long , cepat sambung cerpen ni tau :D
ReplyDeleteTerima kasih sudi membaca dan komen. Komen yang baik2 saja ye. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.
Andai ada sebarang pertanyaan boleh email saya di lydiamiza23@yahoo.com