Cerpen Bersiri - Carik-CarikCinta Episod-2




Sekarang ni aku dah terperap di rumah hampir dua minggu.Pembedahan berikutnya akan berlaku 2 hari lagi. Esok aku perlu masuk ke wad semula. Harapan aku hanya satu , agar mata aku dapat emlihat semula dan dapat aku meneruskan pengajian dan mencariberita tentang Ayu.  "Syahmi, Syafiq datang tu." mama mengejutkan aku dari lamunan. Petang begini memang Syafiq kerap datang melawat aku. "Hai , sihat hari ni?" Syafiq mula menegur aku. " Sihat je la , boring je kot sebab selalu susahkan orang untuk ke bilik mandi  atau berwuduk. Makan pun tak feel sebab tak nampak bila menyuap." Aku balas pertanyaan Syafiq dengan nada sedih.


"Kau jangan putus asa,ujian kecil je ni. Lepas pembedahan nanti mata kau akan sembuh la." Syafiq cuba beri aku harapan. " Aku harap macam tu la, sangat berharap." aku seakan berbisik sendiri. " Aku nak cerita kat kau ni. Semalama ku pergi pasar malam dan terjumpa  Ayu. Dia tak tegur aku pun. Buat tak nampak je . Rasa nak ketuk je kepala dia kalau takda mak dia semalam." Syafiq memulakan bicara . Aku terkedu , kenapa pelik perangai Ayu . Tempoh hari kami takdibenarkan melawat Ayu . Dah sihat tak lawat aku atau tak cuba hubungi aku . Dengan Syafiq pun dia boleh buat begitu pula. Bukan dia tak kenal Syafiq pun. " Dia tak perasan kau lah tu , ramai kat pasar malam tu kan?" aku cuba redakan kemarahan Syafiq . " Haah ramai lah sangat? aku dengan dia beli ayam percik gerai yang sama. Dia berdiri sebelah aku lagi tau?" Syafiq semakin terbakar. Aku hanya terkebil-kebil tak habis fikir . Ayu semakin aneh.


*****

Pembedahan mata aku dah selamat berjalan. Berjaya atau tak kena tunggu isnin depan baru boleh buka balutan mata ni. Aku amat berharap dapat melihat semula. "Mama, kenapa ayu tak ziarah saya? " aku cuba bertanya pada mama. "Mama lagi hairan , sejak kemalangan tu dia terus hilang. Mama rasa serba salah pula sebab bukan tak kenal mereka sekeluarga . Tak tau lah Syahmi, doa lah yang terbaik. " Mama memujuk aku. Selama di wad aku hanya ditemani mama dan kadang-kadang ayah juga bila waktu malam . 


Aku berdebar-debar.Inilah saat yang aku tunggu. Tak sabar nak buka balutan mata dan meneruskan perjalanan hidup. "Kita buka sekarang ye." terdengar suara doktor. " Ye, saya dah sedia." Aku bersemangat menjawab pertanyaan doktor. Nurse membuka balutan perlahan-lahan dan aku cuba membuka mata aku. " Dapat lihat saya?" tanya doktor tu. "Tak , takda apa-apa yang saya boleh lihat. Kosong dan gelap." Kataku sedih. "Mungkin kerana baru dibuka balutan tu. Kamu pulang ke bilik dulu dan rehat ye. Esok pagi saya datang jumpa kamu lagi. Jangan fikir sangat. Mula-mula buka balutan memang begitu." doktor menerangkan.


Aku buntu. Jika benar aku akan kehilangan penglihatan mata aku akan bergelar OKU lepas ni. Sentiasa mengharapkan bantuan orang lain dalam menguruskan hidup aku. Bagaimana aku nak belajar jika aku buta? Ayu sudi terima diri aku yang buta ni? Terlalu ramai rakan-rakan datang melawat aku hari ni. Aku pun tak ingat siapa yang datang. aku tak berbual langsung dengan mereka. Fikiran aku sangat terganggu. Jika aku buta selamanya bagaimana?


"Syahmi, doktor dah sampai" mama mengejutkan aku dari lena. Sama saja aku tidur atau jaga. Tetap gelap dunia aku sebenarnya , bezanya tidur tu aku tak sedar apa-apa. "Bagai mana dengan awak hari ni? "doktor menepuk-nepuk bahu aku. " Teruk je, siapa yang suka bila tau diri buta?" aku menjawab selamber. Doktor tu mana tau perasaan aku. "Syahmi, saya faham perasaan kamu. Kamu perlu bersabar ye. Memang serpihan terlalu banyak memasuki mata kamu tempoh hari. Harap ia tak meragut penglihatan kamu. Saya cuba usahakan apa yang baikbuat kamu. Sabar ye. Jika ada perkembangan saya akan bagi tahu kemudian. Esok kami dah boleh pulang ke rumah." doktor menerangkan padaku.

*****


Aku terima hakikat keadaan aku sekarang ni. Aku dah cukup sihat pun dan aku bercadang untuk meneruskan pengajian aku. Aku mula belajar tulisan braille. Bukan mudah tapi aku perlu berusaha. Ayu hilang begitu saja. Mungkin keluarganya tak membenarkan dia bersama ku lagi. Mungkin dia yang membenci aku. Mungkin itu, mungkin ini. Aku dah malas nak fikir. Orang buta macam aku tak layak berdamping dengan gadis cantik macam Ayu. Langsung tak layak. Aku sedar tu. "Syahmi , aku pergi masuk kelas aku dulu. Kau tunggu saja aku di sini nanti aku ambil kau semula tau." Pesan Syafiq . Baiknya kawan aku sorang tu, susah payah dia menghantar aku ke kelas. Terharu jangan cakap la. Menitis air mata bila terfikir pengorbanan dia pada aku selam ni. Aku  duduk sebelah Arif di dalam kelas. Arif seperti biasa baik sekali dan kerap membantu aku untuk ke tandas atau mencari tempat duduk. 


Riuh rendah suasana di luar dewan kuliah ni. Aku sabar menunggu Syafiq sampai . Arif dah ke kedai membeli barang makanan katanya. Suara gelak tawa , ada juga sesekali aku dilanggar oleh mereka yang leka berbual tanpa nampak aku yang buta ni. " Ops , maafkan saya encik. Saya tak perasan tadi sebab sibuk sms ibu saya" ucap seorang gadis padaku. Bau perfume nya sama persis Ayu , suaranya juga sama. Bezanya dia lebih santun berbanding Ayu. " Tak mengapa , saya yang salah . Orang buta bukan tau dia berdiri di tengah jalan." Kataku spontan. " Tak encik, saya yang salah .Encik tak berdiri menghalang laluan pun. Memang saya yang bersalah . " bersungguh-sungguh gadis tu memohon maaf. Aku hanya tersenyum tawar . Hati aku terusik dengan bau wangiannya dan suaranya. Tapi jika benar itu Ayu mengapa dia tak mengenaliku?


Bila aku suarakan pada Arif dia kata mungkin suara gadis tu sama seperti Ayu. Syafiq pun tak percaya itu Ayu sebab ramai saja gadis pakai wangian yang sama katanya. Benar juga tapi suaranya , lenggok percakapan dan dan apa ye , aku yakin itu Ayu. Cuma aku hairan mengapa Ayu tak kenali aku. Aku berazam jika bertembung lagi aku akan tanyakan nama dia. Ingin sekali aku ketahui siapakah gadis itu.


bersambung...

Post a Comment

7 Comments

Eyeme said…
sambung lagi kak..macam nak main teka2 pulak sambungan dia ape..hihihi
Unknown said…
dupppppp...dup...
harap2 itu adalah ayu
TS said…
hilangnye cuma deria penglihatan..
mungkin deria lain lebih peka terhadap sekeliling.. :)
siMpLY nana said…
Best la cepen yg ini awk, lebih padat dan sentiasa tertanya2...
Anonymous said…
wahh hebat..mana thu akak akan bakal novelis?huhu.amin
fRaMe+LenSeS said…
ayu x kenai dia? jeng3...
Kira Sakura said…
ayu hilang ingatan ye kak..huhuhuhu