BERDIKARI

Assalamualaikum. Selamat pagi semua. Anak berdikari tu bagus kan? Entah la bila difikirkan terasa ni seperti sedikit paranoid. Seorang ibu yang fikir entah apa apa dan terlalu jauh fikir pada benda yang simple .

Kisahnya, bulan Ramadan ni Acha memang dibenarkan pulang ke kampung setiap minggu tapi minggu lepas dia satu batch tak balik..semuanya balik kampung seorang kawan mereka yang tinggal berdekatan dengan sekolah. Tapi mereka 11 orang tidur di rumah sewa family kawan ni yang kosong tak berpenghuni. LM ni risau, terus cari info dan dapat tau rumah tu berdekatan dengan rumah sepupu suami . Maka syarat LM boleh join dengan syarat kena tidur dan sahur berbuka di rumah sepupu kami.

Minggu ni pula mereka yang tinggal di KL Selangor pakat nak berbuka di luar delta My Town. Bas yang sekolah sediakan akan stop di PPD Hulu Langat dan mereka akan gerak ke My Town berbuka puasa . Selepas siap solat baru gerak balik.

Walau hati rasa tak izinkan sangat terpaksa pasrah juga. Tak mahu jadi Inu yang terlalu mengongkong dalam masa sama amat risau tentang anak gadis .

Anak- anak tahfiz ni mungkin belajar di kampung yang jauh dari hiruk pikuk kota sesekali nak mencari makanan viral atau makanan terkini dengan kawan kawan . Di sana pasaraya pun tak ada..cuma pekan kecil saja cuma umminya ni sejenis yang cepat risau.



Bila dia bagitau lagi 6 station terus ummi bersiap dan tunggu dia. Ngam-ngam parking dia pun sampai.

Pagi tadi semasa sahur bebel juga la pasal ni dengan kakak dia.LM kata, kawan yang sama iftar tu sama batch Acha. Sekelas dan juga sama sama di asrama. Apa perlunya keluar bersama lagi ntah!

Kakaknya kata biarlah dia , dah besar 17 tahun dah..kalau tak bagi nanti dia tak tau guna train dan tak reti berdikari. Hurm, betul juga

Eh 17 tahun? Rasa dia macam kecil lagi. Rasa macam baru je hantar ke.asrama daftar form one haritu.huhu

Post a Comment

1 Comments

  1. Doa yang baik2 InsyaAllah. Typical mak2 gitu la kerisauan tu meninggi betul.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca dan komen. Komen yang baik2 saja ye. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.

Andai ada sebarang pertanyaan boleh email saya di lydiamiza23@yahoo.com