Assalamualaikum. Ada penggemar kerang di sini? Saya makan je kerang cuma ia bukan makanan kegemaran saya. Kalau ada jamah sebiji dua dah memadai. Kerang ni harganya semakin mahal mengikut peredaran masa. Zaman kecil dulu harga sekilo baru 70-80 sen. Tahun 2000 rasanya harga dia baru rm2 sekilo .
Kerang ni jika dicuci bersih akan membangkitkan selera untuk di makan. Kalau tak dicuci bersih masih ada lumpur dan pasir di dalam isinya. Dulu kawan ajar suruh letak dua tiga biji cili api semasa mencuci kerang agar dia muntahkan segala pasir dalamnya akibat rasa pedas cili tu.
Saya cuci kerang guna daun serai atau pelepah pisang. Ada orang kata gaul dengan hampas kelapa lagi mudah. Akan bersih elok katanya. Saya tak pernah cuba lagi.
Korang ada tips mencuci kerang selain guna hampas kelapa dan daun serai?

0 Comments
Terima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.