Laksa Johor- Melepaskan Rindu Pada Masakan Tradisi Kampung Halaman

Sayalah orang Johor yang jarang sangat memasak laksa Johor. Bukan kerana tak suka tapi kerana rumit penyediaannya berbanding laksa Utara. Kita buat yang mudah je la sebab kurang rajin. Tapi oleh kerana sangat teringin nak makan laksa johor dan susah nak dapat di sini terpaksalah saya merajinkan diri. 

Tak sempurna, tapi saya cuba. huhu

Laksa Johor, mee dia guna spaghetti ye.Bukan pakai laksa. Jangan hairan, Laksa Sarawak pun guna mihun laksanya kan kalau tak silap saya. hehe



antara ulam nya. takda daun selasih dan sambal belacan dalam gambar ni

 

kuah dia guna santan. nak sedap guna ikan parang.tapi kami guna tenggiri saja. ada yang campur ikan masin talang juga dalam kuah selain udang kering dan udang basah. Nak guna kembung? boleh je. Ada orang guna ikan tonggol je pun. Kita yang makan. apa ada hal!

Rasa kuah lemak mirip je dengan laksa lemak kot. cuma ada sikit bahan yang berbeza. lebih kurang kuah laksam je cuma tak guna lada hitam macam kuah laksam tu.



Post a Comment

0 Comments