Assalamualaikum. Pagi semua. Apa khabar? di rumah kalian kerap ada nasi lebih? Nasi lebih jangan dibuang, rezeki tu. sayang dan berdosa dibuang begitu saja jika tak habis dimakan.
Nasi lebih begini , kalau kalian buat apa ye?nasi lebih selepas makan malam atau apabila nak tinggalkan rumah berhari - hari?
Kalau saya, biasanya akan masukkan dalam bekas bertutup dan masukkan dalam peti sejuk. Apabila masak nasi baru terus masukkan sekali nasi tu. Dia akan jadi lembut macam nasi baru masak. Berbeza rasa dengan nasi yang di letak atas nasi baru apabila nasi baru dah siap masak. Lagi pun saya masak nasi guna pressure cooker, masukkan beras dan air, tekan dan ia masak dalam masa 8 minit saja, memang masukkan semua sebab tak boleh buka dah bila dah tutup
Tak basi ke?
InsyaAllah tidak. Jika tinggal kan lama, saya akan bekukan nasi tu. Bila nak guna cuci beras baru, letak air dan masukkan nasi ni atas beras tu. Settle.
harga beras mahal sangat sekarang, sayang kalau terbuang nasi. Lagi pun di luar sana ramai orang susah, nak makan nasi pun tak mampu, kita ada rezeki mengapa nak di buang ?
lebihan nasi, kalau ada kat rumah pun takkan la tiap hari nak buat nasi goreng.jemu juga menu sama tiap hari.
Ada orang Indonesia buat kerupuk guna nasi lebih tu. macam inang inang tu .perlu jemur dan sira dengan gula . ada juga yang kisar dan adun. rebus dan setelah tu dihiris. bila dah kering boleh digoreng. Nampak sedap la pula. Tapi macam leceh cara pembikinannya. Kalau rajin boleh la try. saya ni banyak malas dari rajin. Hehe
kisar nasi tu buat lempeng atau jemput jemput pun sedap. kalau buat apam pun sedap juga . nyumss
3 Comments
ye nasi lebih busyra selalu buat nasi goreng..
ReplyDeletesalam kenal dan follow sini.
selalu memang nasi goreng je lah...tp xd lah hari2...linda selalu masak nasi ngam2 je...hihihi
ReplyDeletememang buntu part2 nasi lebih sbb bosan jugak if asyik buat nasi goreng...emmmm..MZ cuba masak nasi agar tak lebih byk sgt so tak pyh nak membazir/kena buang kalau tak abih
ReplyDeleteTerima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.