Assalamualaikum. ada peminat jantung pisang di sini? saya suka makan ulam jantung pisang yang direbus tapi selalu sangat kecewa bila merebus jantung pisang jadi hitam hasilnya. jom kita check apa tips merebus jantung pisang jadi putih
Ada yang bertanya, apa tips jantung pisang kakLM elok putih tak hitam. Biasanya LM Panaskan air sampai mendidih. Masukkan asam keping(Asam gelugur) 2-3 keping tambah sedikit garam. Lepas tu baru masukkan jantung pisang. Selepas rebus toskan dan selepas itu baru belah.
Pernah saya try buat cara sama tapi belah dua jantung tu sebelum rebus. Tapi jadi hitam. Maka, sekarang ni memang rebus sebiji bulat tu. Nak makan baru saya belah.
korang ada tips lain tak? share la
4 Comments
Wah makasih tips nya...kadang saya rebus jantung pisang di belah dulu, warnanya jadi hitam
ReplyDeleteOoo begitu, nanti boleh try..bila memang Sis pun belah dua dulu, patut hitamm
ReplyDeleteTak pernah rasa jantung pisang ni. Mesti sedap kalau cicah sambal atau tempoyak....
ReplyDeleteOh ic.... Ternyata ada trik nya juga yaaa supaya tak hitam 👍
ReplyDeleteTerima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.