Assalamualaikum

Pagi semua. 


Kelmarin saya  buat waffle . Guna buat guna  resepi waffle mudah je. Nak beriya memang malas nak mencari bahan, hehe.


waffle maker ni  dah lama kami beli sejak 2010 dulu.  Dulu beli QR60  saja waffle maker tu di Qatar. alhamdulillah tahan sampai sekarang. 



 


Bahan A

2 cawan tepung gandum

2 sudu besar gula pasir

2 sudu besar butter/marjerin (dicairkan)

Secubit garam

2 biji telur kuning. 

1 cawan susu segar/ susu cair ikut citarasa. 

1 sudu kecil serbuk penaik

3/4sudu kecil soda bikarbonat

1 sudu kecil pelembut roti(saya saja tambah) 

Bahan B

2 biji telur putih(pukul hingga kembang dan ringan) 


Campur bahan A dan pukul semua bahan ni sampai rata. Jika adunan masih terlalu pekat tambah sedikit lagi air biasa. 

Masukkan bahan B. Kaup balik saja tak perlu pukul kuat. Biar adunan rehat 10-15 minit. 

Panaskan acuan dan sapu butter sebelum letak bancuhan waffle. 


saya buat banyak, selepas sejuk, simpan dalam plastik ikut portion nak makan. Bila nak makan boleh Panaskan dalam oven/air fryer atau toaster saja.