AMBIL DARAH


Assalamualaikum. Sala  Jumaat, Salam Penghulu hari. Harini kelam kabut sikit sebab perlu ke hospital untuk prosedur mengambil darah. Seperti biasa, dan seperti yang dah dijangka memang agak susah seperti biasa. Alhamdulillah, lepas orang lab gagal ambil , di pas pada MA . MA pertama buat gagal, maka MA kedua ambil alih. Alhamdulillah selesai juga.

Entah sebab saya pesakit SLe urat jadi halus susah nak ambil darah atau memang saya saja yang jenis susah tak tau la. Saya tak banyak tanya, tak banyak cakap seba sangat perit proses ambil darah. Dah masuk jarum darah tak keluar, geser ke kiri, ke kanan..tusuk dalam lagi, ermm sabar dan terus sabar sebab memang saya perlu ambil darah setahun 2-3 kali. Perkara ni memang saya hadap sentiasa dah tak mau merungut sebab dah redha, huhu

Korang doakan saya sihat selalu ye. Saya risau sangkut bab urine. Sejak awal tahun lepas ada darah dalam urine . Dah scan organ, buat ct scan semua okey . Doktor nak buat MRI saya minta tangguh. Semalam ada bleeding banyak juga luar waktu period. Saya cuba buat bertenang sebab minggu depan akan jumpa doktor. Maka saya buat buat cool dulu .


Post a Comment

8 Comments

  1. Semoga baik-baik sahaja..

    ReplyDelete
  2. Cie antara yang susah nak jumpa urat juga. Selalunya ada jela yang berjaya ambil darah Cie. Jenuh kejap kiri, kejap kanan. Jenis urat halus.

    ReplyDelete
  3. Semuga tiada apa2 yang teruk dan Allah mempermudahkan uurusan

    ReplyDelete
  4. Samalah kita, setiap kali ambil darah mesti berkali-kali cuba. Kanan, kiri.

    Pernah siap kena scan guna gel sebab doc nak tengok betul-betul. Hasilnya, doc kata vena saya halus sangat, kalau cucuk pun susah nak dapat sample darah yang banyak. Boleh buat tapi sakit sebab ambil masa lama untuk dapatkan darah. Terpaksalah kan…

    Doc pesan suruh buat senaman lengan guna dumbbell dalam seminggu sebelum ambil darah.

    Semoga LM sihat selalu, dijauhkan dari penyakit serius.

    ReplyDelete
  5. Semoga sihat selalu, banyakkan rehat dan jaga makan minum ya Lydia..selain itu banyakkan doa dan baca quran..InshaAllah. Nasihat juga untuk diri ini..

    ReplyDelete
  6. Seram kalau orang nak cucuk ambil darah ni. Semoga resultnya baik-baik je. InshaAllah..Aamiinn...

    ReplyDelete
  7. Aiiih saya doakan yg baik2 untuk kak LM yaaa. Semoga bab urine tidak ada masalah yg terlalu gawat 🤗🤗🤗.

    Ambil darah ini memang seram. Saya sebab takut dengan segala alat suntik itu. Dulu sempat susah nak masuk jarum. Tapi mungkin Krn saya dah rutin angkat beban beberapa tahun ini, jadi lebih mudah mencari pembuluh darah saya

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.