Apam kampung lagi? Ye kuih mudah. Orang tak sihat macam saya pun boleh buat sebab senang sangat dan ringkas bahan dia
3 cawan tepung gandum
2 3/4 cawan air(ikut awak la nak air coway ke air paip ke)
Yis 1 paket kecil (saya letak 1 1/4 sudu besar )
3/4 cawan gula pasir.
Campur semua bahan dan perap 45 minit.
Sapu acuan dengan minyak dan kukus 15 minit. Jangan lupa alas kain penutup kukus awak tu. Nanti tak jadi kuih awak bantat masuk air awak tuduh saya sorok resepi pulak
Nota kaki:jika nak buat perisa pandan guna air daun pandan ganti air biasa tu. Kali ni saya buat putih saja. Malas nak ambil daun pandan. Ingat awak je tau malas?
.png)
7 Comments
Jadi rindu kue apam, dulu di kampung sering ketemu, sekarang di perantauan, tidak ada kue ini.
ReplyDeletemy fav ni! cuma saya memang rarely masak apa2 kuih esp lps PKP...
ReplyDeletesedapnyaaa apam. dulu arwah mak meniaga kuih ni. yg tinggal acuan jelah. huhu. ada masa nk try
ReplyDeleteRajin masak anak2 sayang tu..mak ratu hati mereka kerana mak jaga makan minum anak2 suami..Tahniah..menjadi hidangan yang ada pesona
ReplyDeleteTeringat arwah mak buat apam selalunya campak2 je takde sukatan menjadi elok. Kita ni kena la sukat baru menjadi.
ReplyDeletekita suka apam ni. selalunya beli je la, hahaa~
ReplyDeletebuat sendiri jadi banyak, jenuh nak habiskan seorang.
Kue simple yg sedap
ReplyDeletePakai taburan kelapa kukus JD lebih enaaak rasanya 😍😍
Terima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.