APAM KAMPUNG

 





Apam kampung lagi? Ye kuih mudah. Orang tak sihat macam saya pun boleh buat sebab senang sangat dan ringkas bahan dia

Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
2 3/4 cawan air(ikut awak la nak air coway ke air paip ke)
Yis 1 paket kecil (saya letak 1 1/4 sudu besar )
3/4 cawan gula pasir.
Campur semua bahan dan perap 45 minit.
Sapu acuan dengan minyak dan kukus 15 minit. Jangan lupa alas kain penutup kukus awak tu. Nanti tak jadi kuih awak bantat masuk air awak tuduh saya sorok resepi pulak
😜
Nota kaki:jika nak buat perisa pandan guna air daun pandan ganti air biasa tu. Kali ni saya buat putih saja. Malas nak ambil daun pandan. Ingat awak je tau malas?
🙄


Post a Comment

7 Comments

  1. Jadi rindu kue apam, dulu di kampung sering ketemu, sekarang di perantauan, tidak ada kue ini.

    ReplyDelete
  2. my fav ni! cuma saya memang rarely masak apa2 kuih esp lps PKP...

    ReplyDelete
  3. sedapnyaaa apam. dulu arwah mak meniaga kuih ni. yg tinggal acuan jelah. huhu. ada masa nk try

    ReplyDelete
  4. Rajin masak anak2 sayang tu..mak ratu hati mereka kerana mak jaga makan minum anak2 suami..Tahniah..menjadi hidangan yang ada pesona

    ReplyDelete
  5. Teringat arwah mak buat apam selalunya campak2 je takde sukatan menjadi elok. Kita ni kena la sukat baru menjadi.

    ReplyDelete
  6. kita suka apam ni. selalunya beli je la, hahaa~
    buat sendiri jadi banyak, jenuh nak habiskan seorang.

    ReplyDelete
  7. Kue simple yg sedap

    Pakai taburan kelapa kukus JD lebih enaaak rasanya 😍😍

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.