GORENG PISANG CHEESE


Assalamualaikum. Salam Jumaat. Bagaimana dengan cuaca tempat awak harini? Tempat saya mendung dan nampak macam dah nak hujan sangat dah ni. Time hujan ni mata pun akan layu je kejap lagi kan? 

Jemaah lelaki balik dari solat Jumaat biasanya suka makan kudapan sebelum mulakan tugas hakiki, apa kata jamah pisang goreng sikit. Ops saya ada buat pisang goreng ni, tapi yang spiring ni upgred sikit letak parutan cheese. Sengaja tak tabur penuh karang awak tak nampak pula rupa pisang goreng tu, hehe

Saya cairkan sedikit butter dan campur dengan susu manis . salut pisang goreng dengan butter dan susu tu baru tabur cheese pula. Jika suka boleh letak coklat urai. Saya tak suka sebab susu manis dan pisang dah cukup manis kalau ditambah manis senyuman saya lagi, takut diabetis pula nanti. Eh!

Untuk pisang goreng yang tak campur keju saya hidang bersama sambal kicap. Kita kan Johorean, mana boleh tinggal sambal kicap tu. hehe..

Post a Comment

8 Comments

  1. tu la.. dulu tgk kawan sekerja dari johor makan goreng pisang cicah sambal kicap.. saya rasa pelik sangat.tapi tu dulu la, sekarang tak rasa pelik dah.. kami pantai timur ni cicah air lada..

    ReplyDelete
  2. Special goreng pisang cheese :)

    ReplyDelete
  3. Mendung tapi ada bahang panas. Sedapnya pisang cheese.

    ReplyDelete
  4. sedapnya! perfect utk tea time!

    ReplyDelete
  5. Alamakkk... sedapnya LM.

    ReplyDelete
  6. Lately Seremban hujan di pagi hari. Sejuk! Hujan-hujan sejuk cepat rasa lapar juga. Lama sudah tak makan pisang goreng cheese. Saya lebih suka pisang goreng klasik. Ye betul, kita Johorean wajib ada sambal kicap. hihi...

    ReplyDelete
  7. Lumayan..memang kuih ni makanan ruji dah di Malaysia kan

    ReplyDelete
  8. Saya suka pisang goreng, tp biasanya tak nak letak Macam2, susu, keju atau coklat. Memang lebih suka original, makan begitu saja, atau pakai sambal. Masih ok. Kalo letak topping manis, memang tak sanggub 🤣.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.