Assalamualaikum. Kadang kala terasa nak kudap sesuatu tapi malas nak keluar membeli. Saya ni bukan peminat kacang tanah. Kacang tanah dalam nasi lemak atau dalam soto pun saya tak makan. Tapi jika kudapan yang ini memang laju saya makan . Dah mula mengunyah tak mahu berhenti jadinya.
Ni versi campak-campak saja sambil buat agar-agar santan sambil menggoreng di dapur sebelahnya. Kacang goreng salut tepung kali ni saya cuma guna tepung serbaguna ayam goreng brand Bestari yang hot and spicy, campur sikit tepung pulut, sedikit gula pasir dan dua biji telur ayam sebagai agent pelekat.
Dah campur semua tepung gula tu dengan telur terus gaul dengan kacang sampai elok melekat. jika kurang lekat tambah sedikit air dalam beberapa sudu.
Goreng dengan api perlahan sampai masak.
Jika tak suka pedas boleh guna tepung perisa original. Jika suka manis lebihkan gula.
Sekali buat dapat dua balang juga habuan kudap sambil blogwalking ke blog korang, hehe
7 Comments
memang sedap sgt boleh snacking gini!
ReplyDeletewah kacang ni kalau buat time raya memang laku keras. Tapi sekarang tak yah tunggu raya buat je jadi kudapan
ReplyDeleteKalau kekacang suami paling suka......
ReplyDeleteRajinnya LM... Mmg sedap mengunyah snek gini, sedar tak sedar habis sebekas :)
ReplyDeleteCie selalu beli dari leader cleaner kat hosp Cie sedap dia buat.
ReplyDeleteUishh versi campak-campak pun menjadi. Hebat ni macam-macam dia boleh masak. Dulu ni jadi kudapan favourite. Itu sebelum pakai braces lah. Sekarang dah jadi musuh. Tak boleh dah nak gigit kacang keras-keras ni. huhu...
ReplyDeleteIni confirm, kalau dah makan, tak cukup sedikit 🤣🤣. Samaaa kita kak. Saya suka kacang kalau disalut tepung begini. Memang susah berhenti ðŸ¤
ReplyDeleteTerima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.