MAJLIS MUNAJAT PERDANA SPM 2025 & APROGRAM MEMORI TERCIPTA

Assalamualaikum. Alhamdulillah selesai sudah majlis solat hajat dan bacaan yasin untuk anak-anak SPM 2025 kami tadi. Oleh kerana sekolah anak-anak ni di kawasan luar bandar dan agak jauh, mungkin kerana itu pihak sekolah buat program ni pada hari cuti dan pada pagi hari kot?







calon SPM tak ramai sangat, ada 26 calon saja. tahun depan lagi sikit ada 13 calon kalau tak silap saya. 



masa ni sesi mohon restu dan bersalaman dengan guru guru



bila sesi bersalaman dengan  ibu bapa ada yang tak mampu menahan sebak sampai terpaksa dipapah kawan-kawan



bukti sekolah anak-anak kami di luar bandar. Dalam kebun sawit okey. sesuai sangat nak belajar dan hafal quran tenang dan sepi je kan? hehe



ada dua kek, satu lagi takda gambar

anak-anak yang diraikan

anak-anak, ibu bapa dan pendidik

tak ramai cuma 100 lebih saja tapi meriah




antara menu sampingan


menu utama nasi arab pakistan dan pizza 

Good luck buat semua anak-anak kami dan semua calon SPM 2025, moga kejayaan milik kalian. SEmoga dapat menjawab dengan baik dan lancar dan mendapat strait A .DAn juga  Moga berjaya dunia akhirat. Jangan lupa al quran sentiasa di hati ye anak-anak semua. 




Post a Comment

7 Comments

  1. Allahumma yassir utk anak2 yg ambil SPM tahun ni. bittawfeeq wannajah moga dpt straight A seramai mungkin

    ReplyDelete
  2. Sejuk hati melihatnya, teringat anak saya dulu ambil SPM..ada air zam2 ..Good Luck yang ambi paper SPM..tahun ni

    ReplyDelete
  3. Allahumma aamin...
    Semoga semua anak² Batch 08 beroleh kejayaan cemerlang dlm SPM nanti hendaknya aamin 🤲🏻
    Tak ramai ye LM, mesti akrab antara satu sama lain.

    ReplyDelete
  4. all the best utk semua calon SPM dan parent mereka sekali.
    sekolah macam ni best, privacy. sekolah di sini seribu satu perangai, sungguh memeningkan. dgn parentnya, dgn pelajarnya yg berbilang kaum. tapi kita jaga kita je la, turn weols tahun depan.

    ReplyDelete
  5. sebak pulak tengok gambar budak lelaki yang dipapah tu...semoga cemerlang semua ye anak-anak

    ReplyDelete
  6. Bagusnya sekolah tak ramai pelajar. Sekolah anak saya pun baru selesai solat hajat dan baca yasin. Semoga anak² dapat jawap spm dengan tenang. 🤲

    ReplyDelete
  7. Semoga lancar dan dimudahkan. Semoga doa dari para orangtua juga makbul supaya mereka bisa mengerjakan ujiannya 😍😍

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.