Barang yang sudah tidak kita gunakan lag jangan disimpan sehingga menjadi beban untuk menyusun dan membersihkannya. Barang yang tidak berguna sepatutnya kita sisihkan. 4 barang utama yang perlu kita sisihkan
1. pakaian
-pakaian yang dah tak muat, lusuh, koyak dan lebih 6 bulan tidak digunakan.
- ye setiap pakaian ada nilai sentimental tersendiri, jika dah tak muat masih kita simpan adakah ia bermanfaat untuk kita? ia cuma menjadi beban kepada kita untuk sentiasa susun dan menambah ruang dalam almari saja.
-pakaian lusuk yang sudah tidak layak dipakai atau koyak boleh dilupuskan . Jangan simpan sampah sampai kita tidak perasan ia adalah sampah.
2. barang dapur
-mangkuk tanpa penutup, bekas aiskrim sampai menimbun konon mungkin akan berfungsi untuk bagi jiran makanan tapi simpan sampai berhabuk.
-setiap tahun beli set sudu, garfu dan senduk tapi set lama terbiar tak guna sampai berhabuk dan berkulat. nak buang sayang. maka ia bertimbun menjadi sampah dalam rumah tanpa kita sedar
-makanan tamat tempoh yang menimbun tak dibuang. peti sejuk penuh dengan sisa makanan konon sayang nak buang akhirnya berkulat sampai berbulan tidak dibuang.
-kuali , periuk lama nak dibuang terasa sayang sebab beli dulu mahal tapi dah tak guna bertahun tetap kita simpan walau dah berkapuk dan berkulat
3.barang berganda
-cawan
set cawan tak guna entah sampai bila kita nak simpan ? belum kira set coffee yang cawannya dah pecah satu tak lengkap dan memang kita tak mau guna lagi tetap juga kita nak simpan.
-sudu, pisau, hanger yang dulu kita beli ikut warna tema dapur yang dah tak sesuai dengan tema sekarang dan tersorok tak guna tu lebih baik kita sisihkan dari ia menimbun sampai jadi perangkap habuk.
pilih yang paling berguna/ kerap kita gunakan saja. mana yang rosak boleh dibuang. yang elok boleh dijual kembali atau didermakan.
4. barang rosak
-barangan rosak yang kita fikir mungkin boleh diperbaiki lagi. Kita simpan hingga bertahun kerana sayang nak buang. Akhirnya jadi sampah yang kita tidak sedar
Raya dah nak dekat, takkan nak tunggu bulan puasa baru nak kemas rumah? orang time puasa sibuk kumpul pahala gandakan ibadah, kita bertungkus lumus time tu nak kemas rumah sebab nak raya. hehe.
nota kaki: nak mudah kerja, sisihkan barang selalu bukan tunggu setahun sekali. Eh paling parah ada yang berkemas sisih barang masa nak kenduri je. Ah parah!
10 Comments
MZ pun nak kena buat decluttering niiii almari dh sarat sgt niii
ReplyDeleteYe betul tu Cie kalau ada masa memang asingkan yang dah tak pakai masih elok. Yang mana dah tak elok tu buang je.
ReplyDeleteSama lah .sekarang baju² kalau rasa dah lama sangat..tapi, masih elok .Linda buat kain lap kaki je . Hahaha
ReplyDeleteWak ada sebiji motor lama dah rosak pun berpuluh tahun tak dibaiki, nak buang sayang.
ReplyDeleteBetul tu. Tapi masalahnya, kita nak buang, tapi orang lain dalam rumah sayang nak buang barang. Aduh... tak selesai masalah. Hehe...
ReplyDeleteWah..perkongsian yang sangat bermanfaat..teringat dalam almari berlonggok cawan tak diguan pun dah lama, pinggan plastik dulu-dulu dah jadi tapak pasu..guna pakai..
ReplyDeleteKurangkan barang senang sikit nak kemas rumah.
ReplyDeleteammi pernah cakap kat husband "awak tolonglah kemas almari dapur tu, pastu buang je mana yang awak rasa saya tak guna". Sebab kalau ammi yang kemas semuanya "sayang"...itu sayang ini sayang.
ReplyDeleteDalam proses decluttering.. Barulah tak semak rumah .
ReplyDeletebuang yang tak guna, ruang jadi lapang, hati pun rasa lega
ReplyDeleteTerima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.