7 AKTIVITI BERFAEDAH UNTUK LEPASAN SPM SEMENTARA MENANTI KEPUTUSAN

 
7 Aktiviti Berfaedah Untuk Lepasan SPM Sementara Menanti Keputusan



  Selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), ramai lepasan SPM berdepan dengan tempoh menunggu keputusan yang agak lama. Jika tidak dirancang dengan baik, masa ini boleh berlalu begitu sahaja. Hakikatnya, tempoh ini sangat sesuai untuk melakukan pelbagai aktiviti berfaedah yang mampu memberi kelebihan pada masa depan.

  Berikut kami kongsikan 7 aktiviti berfaedah untuk lepasan SPM sementara menanti keputusan yang boleh dimanfaatkan sebaik mungkin.


    Mengikuti Kursus Online atau Kelas Jangka Pendek
    Lepasan SPM boleh mengambil peluang untuk mengikuti kursus online seperti kemahiran komputer, Canva, komunikasi Bahasa Inggeris atau asas coding. Banyak kursus percuma dan berbayar yang boleh diikuti dari rumah. Disamping dapat menambah ilmu dapat juga mengelakkan diri dari membuat aktiviti yang merugikan.
  
    Mencari Kerja Part-Time
    Kerja sambilan seperti di kedai makan, pasar raya atau kafe bukan sahaja memberi pendapatan, malah melatih disiplin, keyakinan diri dan kemahiran berkomunikasi.
  

  Mempelajari Kemahiran Digital



    Antara kemahiran digital yang popular ialah design grafik, suntingan video dan penulisan kandungan. Kemahiran ini sangat berguna dan boleh menjadi sumber pendapatan pada masa hadapan.
  


    Menyertai Aktiviti Sukarelawan
    Aktiviti sukarelawan di masjid, NGO atau komuniti setempat membantu membentuk sahsiah diri, empati dan tanggungjawab sosial. Ia juga memberi nilai tambah dalam resume.
  

  
Meneroka Minat dan Hala Tuju Kerjaya
    Gunakan masa ini untuk mengenal pasti minat sebenar, membaca tentang kursus universiti, menonton video kerjaya dan membuat perancangan masa depan dengan lebih jelas dan menetapkan hala tuju kerjaya yang diminati.

  
    Mengambil lesen kenderaan.
Masa yang terluang lebih baik kalian mengambil lesen memandu agar memudahkan urusan di masa akan datang. Proses belajar memandu memerlukan masa yang lama. Jika dah mula belajar di unuversiti nanti sukar untuk kalian dapat peluang masa yang sesuai untuk pergi belajar dan test lesen


    Menjaga Kesihatan Fizikal dan Mental
    Lakukan aktiviti sihat seperti bersenam, berjalan kaki, berbasikal dan berehat secukupnya. Kesihatan mental juga penting bagi mengurangkan tekanan sementara menunggu keputusan.
  


  Kesimpulannya, tempoh menanti keputusan SPM bukan alasan untuk membuang masa. Dengan perancangan yang baik, lepasan SPM boleh memanfaatkan masa ini untuk membina kemahiran, pengalaman dan keyakinan diri sebelum melangkah ke fasa seterusnya dalam kehidupan.


Post a Comment

7 Comments

  1. anak MA....nak settle kan bab braces dia pas tu baru nak kerja kot...

    ReplyDelete
  2. Macam2 aktiviti boleh dibuat sementara tunggu result keluar.

    ReplyDelete
  3. takat ni ammi nampak yang kyra buat
    1) cari kerja part time
    2) teroka minat dan hala tuju (dok tengok TT cari info course)
    3) jaga kesihatan fizikal. rajin gak dia gi jogging pepagi dengan adiknya

    ReplyDelete
  4. Lepas SPM ni, masa untuk explore, belajar skill baru & enjoy masa lapang dengan berfaedah!

    ReplyDelete
  5. Perkongsian yang bermanfaat ni tau..

    ReplyDelete
  6. Haha betul tu, masa tunggu SPM boleh habiskan untuk upgrade skill, bukan sekadar menunggu je ..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.