Anak Mungkin Dibuli? Ini Tanda Yang Ibu Bapa Perlu Perhatikan
Buli kadang tak selalu jelas. Anak mungkin diam je, tapi ada tanda-tanda halus yang boleh diperhatikan:
-
Perubahan tingkah laku – Anak tiba-tiba pendiam, murung, atau cepat marah.
-
Tak mahu ke sekolah/asrama – Selalu mengeluh sakit kepala, sakit perut, atau alasan lain untuk elak pergi.
-
Prestasi merosot – Markah atau fokus belajar jatuh, walaupun sebelum ini baik.
-
Kehilangan barang peribadi – Beg, buku, pakaian atau barang lain hilang tanpa sebab.
-
Masalah tidur – Sukar tidur, tidur terganggu, atau mimpi buruk.
-
Kurang keyakinan diri – Cepat rasa takut, tak mahu bercakap dengan kawan atau guru.
-
Kesan fizikal – Luka, lebam atau calar yang tidak munasabah atau sering terjadi.
Jangan terus menegur anak “Kenapa tak lawan?” atau “Kenapa diam je?”
Dengar cerita mereka, beri sokongan, kemudian ambil tindakan bijak bersama pihak sekolah/asrama.
4 Comments
Anak buah SA plak mmg hari2 kena buli..ada budak kelas dia yg suka amik duit dia..masalahnya anak buah SA ni hati lembut, x melawan..diam aje kalau org amik duit dia..SA ni yg geram..rasa nak je pi sekolah dia and jumpa budak tu..
ReplyDeletebetul tu LM.. tambah2 zmn skrg ni.. kesian tgok anak-anak yg terlibat kena buli :(
ReplyDeleteAllah hu akbar, teringat zaman anbak2 sekolah menengah, semua 7 orang di asrama sekolah agama..hal2 sebegini memang merunsingkan siapa saja ibubapa..
ReplyDeletemoga anak2 kita sentiasa di bwh lindungan Nya
ReplyDeleteTerima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.