Assalamualaikum. Hurm lama saya menyepi kan? Salam Ramadan Ke-? Entah la awak, lost teruk saya ni.huhu
Sejak Rabu lepas sayang demam teruk. Sekejap okey sekejap tidak. Oleh kerana Khamis tu Tak ada selera makan, saya telan kurma selit badam sebiji sahur tu dan saya berpuasa. Rupanya keadaan makin buruk . Jumaat dan Sabtu saya nak baik dengan cepat. Saya makan ubat ikut waktu tapi Tak baik juga.Tak sampai 8 jam lepas makan ubat dah demam semula berpeluh teruk tapi makin lemah, berdiri je nak pitam.
Saya tak mau warded bulan puasa. Kesian family. Kesian si kecil, saya pun malas nak duduk wad(Pesakit autoimmune memang dah muka duduk wad)maka saya buat buat kuat. Tapi, Ahad tu sayang tak mampu bangun untuk berbuka puasa ke dapur. Hanya jamah makanan yang dihantar ke bilik.
Time sahur hari Isnin(Semalam) saya makin teruk. Tak boleh bangun langsung. Teruslah serah diri ke hospital.
Ni sebelum masuk wad. Kena drip 3 botol dalam masa 3 jam. Saluran darah saya dah kering kata doktor.
Petang semalam result ujian darah dah keluar. Jangkitan kuman sangat tinggi 185 kata doktor. Sepatutnya kurang dari 4.9
Harini saya dah boleh berdiri walau ada sikit pening. Boleh urus diri ke tandas pun dah syukur alhamdulillah.
14 Comments
Semoga cepat sihat. Tinggi juga tu.
ReplyDeleteSyafakillah LM 🤲🏻
ReplyDeleteBanyakkan berehat ye
Semoga cepat sembuh kak LM
ReplyDeleteAllah.. Ujian bulan puasa.. Semoga Allah berikan kesembuhan buat akak.. Semoga baik2 saja.. Take care kak..
ReplyDeleteGWS sis =)
ReplyDeletePatutlah sepi sekali blog ini. Semoga cepat sembuh ya, tak apa, semuanya Ujian kecil hadapi dengan tenang dan doa dan doa, minum air zam-zam juga ya..
ReplyDeleteBalik dari Mekah hari tu dalam dua hari tekak saya perit gatal dan sedikit mulai batuk.Cuma saya tak demam..hari ini dah ok tak batuk lagi..solat terawih berazam sungguh sat=ya tak mahu terbatuk dalam masjid...alhamdulillah Allah kabulkan..tak batuk ..saya cuba kawal telan air liur..basahkan tekak dan ulis2 tekak..tak batuk..
Tipa yang Umrah , menurut mutawwiff akan berlaku demam dan batuk..jika berlaku 2 hari segera ke hospital katanya.
ReplyDeleteSelamat berpuasa ya..
ReplyDeleteSabah dah selesai sahur..solat subuh dah sini..
ReplyDeleteshafakillah. take care dear LM.. sending doa and hugs virtually
ReplyDeleteAllahuakbar. Semuga cepat sembuh lydia. Penat baru balik umrah lepas tu puasa membuatkan cecair dalam badan kurang dan boleh memudahkan jangkitan kuman. Patut masa kena demam mula tu dah jumpa doktor. Apa pun semuga tabah hadapi ujian bulan puasa ni.
ReplyDeleteget well soon
ReplyDeleteYa Allah kakak, tinggi sangat tuh 😰. Saat anak saya kena jangkitan kuman dalam darah, dan bacaannya tinggi, dia sampai halusinasi. Harap2 kakak LM tidak. Saya ikut doakan kakak cepat pulih kembali 🤗.
ReplyDeleteAllahuakbar moga LM cepat sihat semula & blh rehat di rumah ye aminnnnn
ReplyDeleteTerima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.