Kisah 4 Syawal- Bertemu Sahabat Lama


Syawal tahun ni rasa kurang meriah, mungkin faktor usia atau banyak berdepan dengan vibes negative. Oleh kerana rasa macam dah puas beraya maka kami buat keputusan gerak balik pada 4 syawal. Siap berkams terus saya letak family di rumah mak ayah dan saya pecut sekejap lari ke rumah sahabat baik saya. Nama kami sama ada perkataan lydia, yang membezakan  cuma nama akhir kami saja. Kami bersahabat sekelas sejak sekolah rendah sampailah ke sekolah menengah. 

Oleh kerana selalu tak berkesempatan bertemu, dalam kesuntukan masa lari la sekejap laga pipi bertanya khabar dan bertukar cerita. 

Kami singgah melawat mak saudara yang sakit stroke di Mahsan,Bahau Negeri Sembilan dan kemudian terus balik ke rumah mertua sebab tak puas borak balik sekejap sangat raya pertama haritu. haha . Hampir maghrib kaklong (ipar saya) call minta datang lepas isya' ke rumahnya kerana ada sambutan birthday cucunya. Nak ajak makan dan minta tolong bacakan doa. Bila berkumpul ramai-ramai tu memang tak terasa masa berjalan. Tau-tau dah lewat malam juga baru kami gerak balik. 

Ham;pir jam 11 malam baru gerak balik, mujur jalan tak jammed. Lebih kurang jam 1 pagi baru sampai rumah. Letihnya tuhan saja yang tau. Main longgok je beg depan pintu terus bersihkan badan dan berehat. Alhamdulillah selesai episod pulang beraya. Kena hadap episod mengemas beg pula. haha



Post a Comment

7 Comments

  1. Bila dapat berjumpa memang masa sekejap je berlalu. Selamat Hari raya maaf zahir batin lydia

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...selamat hari raya kak LM.. maaf zahir batin

    ReplyDelete
  3. Sama la rasa macam biasa je tak meriah sangat.

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah. done raya dan back to our routine lah...cuma syawal masih lama lagi ni...biasanya weekend ada jemputan open house raya or ada jugak wedding to attend

    ReplyDelete
  5. Kadangkala begitu, kita tak boleh tipu diri sendiri kan..kena up balik apa perkara yang happy kan kita, mybe ingat allah banyak2 lalu muhasabah pemberianNya ..rasa naik semangat dan happy sekali berhari raya..

    ReplyDelete
  6. Bab unpack dan mencuci segala pakaian tu yang bercinta bila balik dari mana².

    ReplyDelete
  7. Seronoknya bila dapat bertemu sahabat lama...SA dh lama x jumpa diorang..last jumpa masa wedding SA

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.