Lemang Periuk Kera- Antara hidangan Wajib Ada Semasa Lebaran Kami

Assalamualaikum,selamat pagi semua.Kisah raya lagi, Lemang periuk kera antara hidangan yang wajib ada semasa lebaran di rumah kami. Asalnya hidangan ni adalah menu special mak saudara saya yang tinggal di Labis, Segamat. Sana banyak hutan dan orang asli ramai menjual kelongsong periuk kera ni. Oleh kerana jarang bertemu bila dah dewasa ni, maka saya terpaksa buat sendiri juadah yang satu ni. 

Sekarang ni orang dah tanam secara komersil pokok periuk kera ni dan senang nak dapat stok. Setiap kali raya memang saya wajib buat sebab anak-anak ni memang nak makan lemang periuk kera ni. Rasa mirip je dengan lemang yang dibakar tu, cuma dia sedap takda kerak sebab dikukus. Bagi saya yang tak minat lemang banyak kerak memang suka la pulut dikukus ni. 

2 hero kecil tu sejak tengok cerita upin dan ipin ada kisah periuk kera terus la meminta menu ni setiap tahun. 


saya order 100 biji kelongsong. Stok sampai hari Selasa, saya ambil di rumah mak pada hari Khamis dan buka kotak pada hari Jumaat. Hampir 10 biji juga kelongsong yang dah mula lecuh sebab basah terperap dalam kotak. tapi tak rosak. syukurlah.





Ada warna maroon dan hijau


gunting bulu tepinya dan bibir atas dia. cuci bersih bahagian dalam dan luar. Toskan dan sedia untuk digunakan.

Selain saya, Dak Aish dan Syahim memang sangat gemar makan menu berasaskan pulut. Bagilah pulut kuning ke, lemang ke, lopes ke..semua kami makan dengan berselera. Pulut manis yang guna inti kelapa tu je kami tak suka.

Post a Comment

7 Comments

  1. teringin nak try mkn lemang periuk kera ni sbb unik sgt!!

    ReplyDelete
  2. Dulu kat opis lama boss suka makan ni dan ada orang lain tukang belikan bila buat jamuan raya. Suka makan cuma kadang lembik dan pekat santannya beza dengan lemang biasa.. Makan dengan rendang

    ReplyDelete
  3. belah Pahang ni memang takde nampak lemang periuk kera ni. lemang buluh biasa tu je.

    ReplyDelete
  4. masa di pejabat Melaka...ada sorang tech ni memang akan hantar lemang periuk kera+rendang setiap kali raya untuk kami sepejabat...

    ReplyDelete
  5. Unik buah tu, boleh makan ..alhamdulillah dapat tip updated blog.

    ReplyDelete
  6. Lemang periuk kera ni SA suka..tp susah nak dapat kat sini...

    ReplyDelete
  7. Aiiih baru tahu ada lemang yg dibuat dalam selongsong begini 😍😍😍. Menariiik.jadi penasaran ingin coba rasanya

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.