Ayam Goreng Ala Mekdi


 Assalamualaikum. Buntu nak masak apa, dah habis raya ni biasanya tekak cuma mahu menu ringkas saja. Maka, salah satu pilihan menu ringkas yang saya suka buat adalah ayam goreng celup tepung ala  mekdi(restoran fast food M tu). Dulu- dulu kalau nak makan ayam goreng fast food memang saya akan cari dari restoran M ni sebab ayam goreng dia lebih pedas, rangup dan kena dengan citarasa. 

Saya guna tepung segera brand Bon Chef yang hot and spicy. Bagi yang tak tahan pedas boleh guna original atau kalau nak pedas manja boleh tambah sikit tepung jagung dan sedikit tepung gandum dalam adunan tu. 

Celup ayam dalam air dan lepas tu masukkan ayam ke dalam tepung ayam goreng. Kemudian celup semula dalam air dan salut lagi dengan tepung baru di goreng. Biasanya saya buat dua kali salut tepung agar tebal tepung tu. Jika ada masa dan rajin saya akan ambil 2-3 sudu tepung tu dan bancuh dengan air kemudian perap sekejap ayam agar lebih terasa ramuan rempahnya . Kemudian baru salut dengan tepung kering. Kalau tak sempat saya terus goreng tak perap pun. 

Dah ada ayam goreng, regukan saja dengan sayur petola masak lemak putih atau sayur kobis masak lemak, atau sup sayur carrot dengan kobis bunga campur sikit soon pun sedap dah tu. Menu simple ni mudah nak masak dan  kadang membuka selera bila tekak rasa tak tau nak makan apa.

Post a Comment

10 Comments

  1. Rasanya tak pernah guna tepung bon chef ni. Selalu guna tepung bestari je.

    ReplyDelete
  2. Celup tepung dalam air ke celup ayam Dalam air baru celup tepung lepas tu celup ayam dalam air dan celup tepung kali kedua. Tepung chef bon ni belum cuba selalu bestari je

    ReplyDelete
  3. Saya malah gagal terus kalau hendak masak ayam goreng tepung macam ni.
    Entah tepungnya tak menempel, atau justru masak ayamnya tak merata. Luarnya gosong, dalamnya masih kurang matang. Ah.. memang skill issue ya.

    ReplyDelete
  4. hari Sabtu cari juga tepung Bon Chef ni di Mydin tak jumpa...jadi kami pun belilah Bestari. SEkali bila masuk DIY ehhh ada pulak dia kat situ

    ReplyDelete
  5. ayam gitu, makan panas2..memang tak makan nasi.. ratah ayam je.. hahaha

    ReplyDelete
  6. Sedap nii.. Cuya biasa pakai tepung bestari. Tapi masa kelas masakan dulu memang pakai bon chef ni.

    ReplyDelete
  7. Sedap ni...X payah gi beli dkt luar dah =q

    ReplyDelete
  8. Wah senang nya celup² bole dapat mcm ayam.goreng mcD ye... ok nnt bole gak cuba ni

    ReplyDelete
  9. Mekdi boleh tercabar cam ni....

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.