Assalamualaikum. Salam Sabtu semua. Santai-santai saja pagi ni tak buat apa, cuma membelek pokok bunga dan tanaman tepi rumah saja sambil menjamu mata dengan orkid putih pemberian ipar pada minggu lepas.
Cantik kan? sebenarnya awal tu dia nak bagi pokok cili putih yang orang Borneo suka makan tu, tapi ada daun jari, limau purut semua tu terus kami adik beradik rambang mata memilih. Bila nak balik tu dia bagi bunga satu jenis pada kami dan eh tetiba dia ambil pokok orkid, dia kata ada orkid ni tapi takmau berbunga sambil dia ambik pokok yang tersangkut tepi pagar.
Bila dia angkat eh tu berbunga la! terus saya teruja macam budak dapat gula-gula. Alhamdulillah rezeki. Saya tak ada lagi bunga orkid putih yang ni. Ipar tanam tepi office dia buat jamu mata sebelum balik ke rumah.Banyak la ulam-ulaman dan pelbagai tanaman dia tanam .
Kami 3 beradik angkut cili dia dengan pasu-pasu sekali, haha. macam baru pulang dari nursery gayanya. Rugi tuan rumah bila ipar duai datang beraya camni(eh gurau/ bercanda . dia yang suruh singgah kebun dia sebab nak bagi kami pokok pokok tu.hehe)
.jpg)
9 Comments
Cie selalu angkut pasu kakak. Hihi. Lepas tu sendiri jaga mati pulak. Bukan bunga la macam daun kesum gitu la.
ReplyDeleteBestnya ada pokok orkid..siap dah berbunga plak tu...seronok...
ReplyDeletewaaa lawanya!! saya suka jugak orkid dan memang suka semua bunga2 warna putih laaa...kebetulan pg ni sempat i belek2 bunga kat my mini garden dan ada bunga melur laaa lom blooming lagi..may be hari ni or esok
ReplyDeleteCantiklah orkid putih!
ReplyDeleteOrang memberi, kita menerima :D
Cantik betul orkidnya mbak.
ReplyDeleteSaya pun jadi rasa ingin menanam bunga pula pakai pot gantung.
Ah, langsung checkout shopee hahaha
Kiranya rezeki dapat tanaman yang ada manfaat..jika saya juga tak akan lepas kan peluang nak pilih hehehe best dapat orkid
ReplyDeleteLetak baja subur dan baja bunga ..pasti orkid tu berbunga nanti..cuba ya
ReplyDeleteOrkid berbunga ..boleh updated blog pula..hehehe
ReplyDeleteTangan kakak dingin berarti, langsung berbunga saat Kaka pelihara yaa 😄👍
ReplyDeleteTerima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.