Salam Selasa. Apa khabar semua? Dah sarapan ke tu. Alhamdulillah pagi ni saya buat nasi goreng simple saja untuk sarapan. Tambah telur mata dan keropok keping dah cukup sedap. Dari malam duk fikir nak masak apa. Dengan diri tak sihat memang buntu juga tak tau nak masak apa . Bangun pagi tadi terus terfikir nak goreng nasi saja bila terpandang ada lebihan nasi semalam yang tersimpan rapi dalam peti sejuk. Kadang tu dengan kesihatan diri yang tidak menentu(saya pesakit autoimmune kerap alami demam dan sakit badan) memang akan ada rasa down juga. Terasa diri tidak sempurna seperti orang lain. Tapi bila fikir balik, alhamdulillah keluarga terima saya seadanya. Saya cuba buat yang terbaik dalam hidup saya untuk lakukan aktiviti harian tapi jika saya tak sihat memang saya tak buat apa pun. Cuma berehat. Tak perlu jadi sempurna di mata orang kerana tiada siapa yang fahami keadaan kesihatan kita selain diri kita sendiri.
Kami juga kerap alami brain fog. Kalau nak kawan dengan saya kena banyak sabar. Awak boleh sabar ke bila bercakap tapi nampak saya blur. Bila awak bercerita saya tak dapat faham dengan betul. Bila mengimbas kenangan saya lupa tentang kisah tu. Bila nak semak apa apa saya tak boleh ingat. Bila suruh buat sesuatu saya stuck tak tau nak mula dari mana.Boleh hadap dengan kelemahan begini? kalau tahan sabar dan terima saya seadanya jom la kita berkawan, jika tidak, saya sanggup menyendiri tanpa teman berbual dari mengadap kemarahan orang atas kelemahan saya.
Terasa diri sangat bodoh dan hina di mata orang jika tiba-tiba ditanya
"Otak letak kat mana?"
"Tak paham-paham ke?"
Pelbagai ayat yang menghiris hati kadang tu lebih sakit dari sakit yang kami tanggung sebab tu saya lebih suka berkawan dengan korang di laman blog ni saja selain hanya habiskan masa dengan family dari meluaskan pergaulan dan berdepan dengan manusia sempurna, mulia dan merasa hebat yang tak boleh terima kekurangan diri kami ni.
.jpg)
11 Comments
Nasi goreng simple gini memang sedap.
ReplyDeletekakmieja doakan semoga Lydia sentiasa dalam lindugannya selalu, jangan pedulikan manusia yang tak menjaga hati lydia. Sedapnyaaaaa nasi goreng 😍
ReplyDeleteSy pun dah sampai fasa larat buat, buat. Tak larat, rehat je. Wpun alhamdulillah takde sakit apa² tapi kadang kita terlalu push diri dan selfless sangat, sesekali perlu juga tarik handbrake. Pause sekejap dan berikan masa utk diri sendiri.
ReplyDeletebyk cabaran dan ujian yg LM kena lalui rupanya...MZ doakan yg baik2 ajer utk LM..Allahumma yassir
ReplyDeleteOrang yg suka menyakiti orang lain dengan perkataan nya, biasa suatu saat dia akan mengalami yg sama kak. Tak usah diladeni Orang2 seperti itu. Tak masalah kondisi kakak sesekali mungkin tak baik. Tapi mana ada manusia yg selalu fit 100% kan. Sayapun kdg ada juga momen tak sehat. Yg penting dapat kawan yg memang tulus, itu dah cukup 🤗🤗
ReplyDeleteNasihat yang baik..buat sederhana atau asal ada pun ok..alhamdulillah..
ReplyDeleteNasi goreng macam tu la selera makan, siap bertambah lagi.
ReplyDeleteBoleh jalan la, kalau ada orang cakap macam tu. Memang penat mengadap orang yang rasa dia je yang terbaik, takde kekurangan, tak buat silap. Kena sabar banyak², semoga Puan Lydia terus kuat.
moga kita diberikan kesihatan yang baik selalu LM aminnnnn
ReplyDeleteInsan atau kawan yg baik tak akan mudah cepat naik angin dan mudah nak melontarkan kata-kata yg tak sedap didengar.. tak perlu pun ramai kawan kalau ramai yg tak berguna.. biarlah sikit tapi berkualiti..
ReplyDeleteSemoga lekas pulih yaaa Mbak Lydia :)
ReplyDeleteJangan banyak pikiran mbaaak. Dibawa enjoy dan santai saja :D
Salam LM,
ReplyDeleteMembaca perkongsian LM kali ini membuatkan SA tersentuh. Betul kata LM, kita tak perlu jadi sempurna di mata orang lain, yang penting kita dah cuba buat yang terbaik mengikut kemampuan diri sendiri.
Sedih pula bila baca tentang kata-kata mengguris hati yang LM terpaksa hadap sebelum ini. Hakikatnya, bukan semua orang faham struggle pesakit autoimmune, terutamanya bab brain fog dan keletihan badan tu. Keputusan LM untuk lebih fokus pada keluarga dan rakan-rakan di blog adalah langkah yang sangat matang untuk jaga kesihatan mental dan emosi sendiri.
Terima kasih kerana sudi berkongsi cerita. Semoga LM sentiasa diberikan kekuatan, kesihatan yang baik, dan dipermudahkan segala urusan seharian. Take care ya! Hugs...
Terima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.