Dulu masa si kakak dan adik Ad kecil, mereka sering makan sup sup je sebab tak boleh makan menu dewasa. Tapi sejak berkenalan dengan cili kering gemok tak pedas ni saya dah tak masak banyak jenis lauk. Kalau buat menu bersambal pasti mesra di lidah anak kecil sebab masakan saya tak pedas melahar. Setakat pedas manja je sebab saya kisar cili gemok tak pedas ni dengan cili kering jenis kurang pedas.
Haritu terjumpa cili kering saiz panjang dan gemok. Tak pernah beli jenis yang ni, ingatkan pedas la juga rasa dia tapi setaraf dengan gemok pendek ni rupanya. Memang kena campur dengan cili kering kurang pedas untuk hasil masakan pedas manja.
Ada orang kata cili jenis ni tak sedap maung rasa dia. Pada saya okey je. Kena gunting, buang biji dan rebus sebelum dikisar halus. Tumis cukup minyak dan bawang sampai cili masak elok insyaAllah sedap hasilnya.
.jpg)
6 Comments
Konon² nak ingat Mana tak pedas, mana yang pedas. Sudahnya, bila beli..jadi blur. So ambik je lah mana².. hahaha..
ReplyDeleteSaya pun Beli chili Yidu ni...tapi tambah sikit cili kering kerinting...nak bagi kick Rasa pedas sikit...
ReplyDeleteSaya banyak stok Cili kering kak, tp yg super pedas. Jadi memang utk sambal, Krn saya dan anak bungsu penyuka pedas yg level tinggi 🤭😄. Sejak ada cili kering yg pedas, memang jadi jarang lah beli cabe merah yg fresh.lebih suka pakai Cili kering je
ReplyDeleteKdg2 sy guna dua2 jenis ni =D
ReplyDeleteSA beli cili kering orang kampung yang siap blend kat Tik Tok..2 botol boleh guna un tuk sebulan
ReplyDeleteSambal dia kureng pedas kena campur jenis lain untuk sedap kan Dan naik kan pedas dia. Tapi pedas sangat tak tahan
ReplyDeleteTerima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.