Daging Salai- Salai Bahagian Daging Korban Sebelum Balik Dari Kampung


Assalamualaikum. Alhamdulillah selesai sudah ibadah korban pada tahun ni. Sama seperti tahun lalu, kami masuk dua nama. Maka untuk lebih efficient menyimpan daging, tulang dan organ dua bahagian tu kami salai satu bahagian daging tu selepas selesai melapah dan buat pembahagian. Itu pun tulang dan organ kami ambil sikit saja malas nak penuhkan peti ais. Selebihnya kami adik beradik ambil untuk makan malam beramai-ramai. Ada baki lagi kami bagi pada kawan -kawan dan adik-beradik yang bantu sama-sama melapah dan melancarkan urusan packing daging.

Daging salai tu baru sempat saya hiris dan pack untuk satu portion sekali masak. Mudah nak guna nanti. Daging korban yang satu bahagian lagi tu pun baru sempat defrost nak pack kecil kecil dan ada yang direbus sekejap lagi untuk memudahkan penyimpanan dan mengelakkan daging rosak.

Daging salai yang dah dihiris tu biasanya akan jadi menu masak lomak cili api daging salai. Tapi kalau saya, buat goreng berlado pun sodap sangat dah. Cili api, bawang dan sedikit tomato dikisar kasar. tumis garing dan digaul dengan daging salai tu. perghh makan dengan nasi kosong sedap ooo.

Buat nasi goreng daging salai pun sedap tau. Try lah bagi yang belum mencuba. Bau smokey tu memang sangat membangkit selera.  Korang dah balik dari bercuti ke tu?Best cuti panjang ngam-ngam kena time raya kan? Alhamdulillah...

Post a Comment

6 Comments

  1. Sy tak pernah salai daging, tak reti. Arwah ayah dulu rajin la salai atas kayu api. Bau smokey tu yg buat jadi lebih sedap tu 😋

    ReplyDelete
  2. SA x sambung cuti LM...kerja dan cuti x kemana pun....lepak, masak, tido dan marathon citer Dendam Seorang Mentua yg Yusry KRU berlakon tu

    ReplyDelete
  3. Sedapnya masak lemak daging salai.

    ReplyDelete
  4. Kalau wak sambil menyalai sambil meratah, kurang sikit ruang nak menyimpan.

    ReplyDelete
  5. Kalau wak sambil menyalai sambil meratah, kurang sikit ruang nak menyimpan.

    ReplyDelete
  6. MZ tak balik kg raya ari tu tp my adik ada bwk balik daging korban for me...so hari2 masak menu daging laaa..pg ni pun masak nasi goreng letak daging ;)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.