Nasi Lemak Sotong Kering Di Hari Sabtu




Salam Sabtu semua. Permulaan hari yang sedikit kelam kabut. Oleh kerana dah beberapa hari badan ni tak sihat, demam sikit dan sakit kepala serta tekak mula sakit maka mata memang susah nak buka bila tiba waktunya. Terlewat bangun memang akan jadi kelam kabut sikit. Laju-laju suruh dua hero tu bersiap untuk pergi mengaji dan lepas tu terus saya berperang di dapur menyiapkan menu nasi lemak sotong kering. Menu ni saya dah plan nak buat sejak beberapa hari lepas tapi sebab tak sihat tertunda hingga ke hari ini. 

Biasanya kalau nak buat menu nasi lemak sambal tumis tu saya akan buat sebelum tidur tapi tak sempat buat maka, kelam kabut la buat sambal tumis, sambal sotong kering dan nak merebus telur bagai. Mujur sotong kering tu saya dah rendam sebelum tidur malam tadi.

Ops saya tak suka kacang goreng, maka jangan cari kacang goreng dalam pinggan saya ye! hehe  

Korang sarapan apa pagi ni?share la sini

Post a Comment

14 Comments

  1. ehhh.. pagi ni pinggan kita sama lah hehehe
    Teringin gak nak buat nasi lemak, nantilah tunggu ramai sket orang kat rumah.

    ReplyDelete
  2. kebetulan pg ni MZ masak nasi lemak jugak for bf! morning LM!

    ReplyDelete
  3. PH pun masak nasik lemak pagi ni (Ahad). Sedap nasi lemak airtangan sendiri ni... PH pun tak suka kacang goreng dlm nasi lemak ✌🏻

    ReplyDelete
  4. Sedapnya nasi lemak. Cie tak makan sotong. Selalunya sambal bilis, udang, kerang jela.

    ReplyDelete
  5. Nasi lemak hijo... dapnya! Saya tak pernah buat sambal sotong kering. Balik-balik, sambal tumis ikan bilis atau udang. Nasi lemak homemade adalah yang paling sedap. 😋

    ReplyDelete
  6. morning LM! MZ singgah BW jap, lps ni nak gi uia

    ReplyDelete
  7. Bila la dapur nak siap ni...x sabar nak masak nasi lemak..sedapnya nasi lemak sotong

    ReplyDelete
  8. Sedap tu sambal tumis sotong...

    ReplyDelete
  9. Buru2 membuat , tetap hasilnya cantiiik dan menarik kak 😍😍😍. Kalau saya mungkin tak menjadi, langsung switch menu lain 🤣🤣

    ReplyDelete
  10. Sedapnya. Rindu nak makan sambal sotong mak.

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah, siap juga nasi lemak..

    ReplyDelete
  12. MZ singgah sini...lama jugak LM tak publish entry baru...take care tau..shafakillah

    ReplyDelete
  13. Kita suka nasi lemak tp kita x suka sotong jenis yg ini hehee

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.