Hi Semua, Dajia hao. Dah lunch ke tu? Time rehat ni laju laju saya mencari ikan sebab stok ikan kat rumah ni dah hampir habis. Bab tips memilih ikan segar memang banyak tapi bila beli ikan memang terkial kial juga saat memilihnya. Ops kenapa ikan cencaru ni mata dia ada yang merah? jenis yang sama tapi mata ada merah ada kelabu. Sama macam awak bermata biru, saya pula bermata coklat. Eh!
Rupanya, ikan yang bermata merah macam ni bukan petanda dah tak segar. Kadang tu faktor lainnya sebab terjerut pukat semasa proses mencari ikan, merah disebabkan proses penyejuk bekuan yang tak sempurna atau ais terlalu sejuk. Selain tu ikan merah juga mata dia memang asli warna merah .
Nak tau ikan tu segar katanya tengok insang dia warna merah muda, isi ikan elok keras dan pejal lagi dan matanya elok bersinar macam sedang memandang kekasih hati. hehehe. Kalau ikan dah lembik , insang pun dah pucat jangan beli tau. Risau keracunan pula nanti.
Ikan cencaru ni bersaiz kecil saja. Saya plan nak bakar je nanti regukan dengan sambal kicap dan sup sayur. Cukup ringkas tapi insyaAllah sedap tu.
8 Comments
bab beli ikan slalunya husband yg lebih arif sbb dia yg slalu ke pasar
ReplyDeleteMZ jarang beli ikan..kalau beli pun setakat ikan siakap ajer..ikan2 lain, my boys kurang suka, jenis suka ayam dan seafood (udg, sotong ajer)
ReplyDeleteYg ini saya memang serahkan semua ke personal shopper saya. Krn urusan belanja barang dapur, sayur, ayam, daging etc, saya pakai jasa personal shopper. Dia yg pilih, sebab memang dah tugas dia hari2 memilih barang dapur yg segar 😄. So far selalu puas dengan apa yg dia pilih
ReplyDeleteBab pilih ikan, Ai bagi kat husband je. Dia lagi terror.
ReplyDeletePerkongsian yang sangat berharga dan poket tips yang bagus untuk rujukan bila ke pasar! Terima kasih atas petua dan panduan yang berguna ni, Sis. Moga memberi manfaat buat ramai pembaca!
ReplyDeleteJarang beli ikan cencaru ni. Dulu pernah belajar tips pilih ikan ni. Tak praktik sangat pun. Belek2 masuk plastik. Selalunya husb tukang beli ikan. Cie bahagian sayur.
ReplyDeleteooo ye ke?
ReplyDeletedari dulu lg pilih ikan berdasarkan warna matanya hehehe
Saya suka picit perut ikan sikit..kalo lembik mmg x ambik...
ReplyDeleteTerima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.