Assalamulaikum. Buat pizza, bukan satu angan-angan saya. Ish saya ni makan pizza pandai la. Kalau nak suruh buat pizza tu nak berangan pun tak berani. Tapi, bila kena masak bekal setiap hari memang perlu buat pelbagai menu. Terjumpa resepi mudah pizza yang junior zaman kat uitm dulu share . Nampak mudah sebab tu saya berani cuba buat.
Bahan:
300 gram tepung gandum.
170ml air
6 gram yis
10 gram gula
20 gram marjerin
1/4 sudu garam
cara:
satukan semua bahan, uli doh sampai sebati. rehatkan 45 minit. pastikan doh dittutup dengan kain atau plastik wrap.
canai doh, cucuk sikit dengan garfu dan bakar sekejap dalam 10 minit. sapu tomato puree atau sos cili/ sos tomato ikut citarasa korang. tabur keju dan topping. bakar anggaran 15 minit.
korang boleh letak topping
dada ayam yang dipotong dadu
capsicum
sosej
nanas
papperoni dan apa saja kesukaan korang.
kalau korang rajin, buat je pizza crust tu banyak, lepas bakar sejukkan dan simpan beku. kalau nak makan pizza boleh terus letak topping dan bakar saja. jimat masa nak menguli dan tunggu doh naik.
0 Comments
Terima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.