Terima kasih mak dan abah serta adik-adik
Assalamualaikum. Ni gambar kenangan semasa jumpa family angkat zaman sekolah dulu. Masa tingkatan 4 usia 16 tahun saya dan seorang lagi kawan terpilih mewakili sekolah kami ke Kem Anak Angkat Polis di Bakri Muar. Kalau tak silap 8 orang wakil dari Segamat. Setiap daerah ada wakil masing masing .
Masa di sana, kami diberi ibu ayah angkat . Ayah angkat saya ni baik sangat. Zaman tu mana ada handphone. Cuma ada telefon rumah jadi perantara. Masa tamat kem, abah hadiahkan saya jam tangan brand Guess dan bagi bawa balik camera yang dia bagi saya guna semasa sepanjang kem 4 hari di sana. Bawa je camera tu balik, nanti abah datang jemput kat rumah katanya.
Walau abah tak ada kereta, tetap dia sampai bersama kawan dia menjejaki keluarga kami untuk berkenalan sambung ukhwah
Semasa saya sambung belajar ke Uitm abah call rumah update mereka sekeluarga pindah ke Langkawi abah dah tak jadi polis hutan dan dia jadi polis kerja di Airport Langkawi pula.
Alhamdulillah abah sekeluarga ada datang ke Kajang , dapat la kami jumpa sekejap melepas rindu bertukar cerita .

0 Comments
Terima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.