Assalamualaikum. Telur pindang, telur tradisi orang Johor ni bukan semua orang pandai makan. Sebenarnya rasa dia sedap je, ada rasa rempah ratus dari jintan semua tu tapi bila rupa dia mirip telur herba cina yang dijual di pasaraya tu ramai yang tak berani cuba makan.
Kat Segamat sebijik rm1.50. Kat sini ngidam camne pun tak dapat. Mana ada orang jual, huhu.
Saya cuma guna daun herba yang ada saja, setakat daun senduduk yang tumbuh tepi jalan masih mampun cari lagi. mana yang tak ada saya skip saja. asal ada bau dan rasa sudah cukup happy. hehe.
saya guna:
jintan
ketumbar
kicap
daun senduduk
daun manggis
daun serai
kulit bawang merah
garam
katanya ada masyarakat Melayu di Indonesia yang buat telur pindang juga cuma bahannya lain sikit dan ada yang letak daun Jati katanya . Saya tak pasti kawasan mana .
3 Comments
Kalau suka lain kali bila kupas bawang jgn buang kulitnya. Kumpulkan simpan. Kalau guna kulit bawang tak payah guna kicap banyak tapi kena guna garam kasar sikit. Letak jintan/ketumbar, serai/daun kunyit semua tu dan lain-lain rempah mesti jadi.
ReplyDeleteKira rajin juga LM ni..
ReplyDeleteAkak pun suka makan telur pindang ni..
wlpn bukan Johorien hahha..
InshaAllah jadi tu LM..
ikut petua kakzakie tu..
nanti kalau terjumpa mana2 nak kena beli gak telur pindang ni. nak merasa!!!!
ReplyDeleteTerima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.