Tips Anak Ceria Waktu Pagi?

Assalamualaikum semua. Salam Jumaat.

Ramai bertanya apa LM amalkan untuk corakkan mood anak agar ceria pada waktu pagi. Ramai mengeluh anak moody, mak serabut dan jadi stress melayan kerenah anak terutama pagi yang suntuk dan sedikit kalut.

Untuk LM yang anak 6 orang semuanya dah bersekolah takda tips khusus pun. Bagi Adik Ad dia dah tinggal di asrama. Maka ada 5 lagi anak di rumah ni.

Si kakak tak duduk asrama lagi. Maka 5 anak, 5 ragam lah setiap pagi. Biasanya masalah emosi pagi ni anak yang kecik je. Kalau LM kat rumah ni kena belai 3 Emosi anak 3 orang yang paling kecik. Kalu mood dah swing sejak bangun leceh sikit lah.

LM ni mudah moody kalau permulaan hari dihiasi tangisan haha. Untuk elak keadaan jadi tergesa-gesa biasanya LM akan siap lebih awal dari anak. Bangun awal sikit prepare nak masak apa dan bila dah azan baru kejut mereka. Macam acha biasanya dia paling awal keluar dari rumah. Sekitar 6.35am. Maka jam 5.45 pagi tu selewat-lewatnya LM perlu mula memasak sarapan sebab nak sejukkan untuk dia sarapan dan bekal dia. Takkan nak tutup makanan yang berasap tu pula kan. Risau basi pula nanti.

Kalau LM lewat, keadaan akan jadi kelam kabut dan mula emosi kacau bilau. Anak kalut, mak kalut tune suara mula lah nak naik. Emosi anak terus terganggu. Anak. Besar pun akan terasa hati dan muncung je kalau mak asik membentak suruh cepat siap padahal salah tu datang dari maknya sendiri. Kenapa bangun lambat? Kecuali lah terlajak tidur sesekali tu boleh la dimaafkan. Ada je kadang kala jika terlalu letih kita tak dengar pun jam berbunyi. Set 5 alarm pun still tak boleh bangun. Naya uii.

Anak kecil pun sama. Nak-nak 2 hero kecil LM yang tadika ni.

Gambar celok dari group tadika Aish. Ticer snap pagi tadi dia dengan kawan dia. 


Nak kejut dia tak boleh terus terjah je. Kena cakap elok-elok. Sama je macam kita yang dewasa ni. Kalau orang kejut main serbu goyang gegar terus rasa nak gugur jantung kot? Biasanya LM kejut panggil nama dulu. Kalau dah peluk - peluk ajak bangun tak jalan terus je dukung walau dia mamai. Tanya nama awak Siapa? Dia jawab Aish.. Dalam mamai pun boleh jawab kira okey la tu. Haha. 

So terus la wish morning dan cerita apa yang best bakal dia lalui harini. Biasanya kalau LM tau aktiviti sekolah dia LM akan update dia. Cepat mandi, nanti kita sarapan dan ayah hantar sekolah. Harini best tau, ticer nak ajar main cop cop. Ada gambar star, ada cop bendi, batang pisang. Aish suka? Nanti dia terus segar dan teruja. 

Kadang tu tak tau apa aktiviti pun. Maka terpaksa lah ubah cerita. Balik nanti bila balik sekolah Syahim nak beli apa? Nanti dia sebut la nak beli jus tembikai tepi jalan. Hahaa. Okey set! Modal rm2 je pun air tu. Asal dapat beli jiwa anak, takpe lah. 

Korang ada tips lain cara nak anak ceria pagi hari? Selain tidur awal apa lagi ye? Share la sini. Kita sama sama tukar idea. 

Okey semua, nak sidai baju kejap. Tata


Post a Comment

0 Comments