LONTONG

Assalamualaikum. lontong, menu sarapan pagi kalau ditempat kami di Johor. Bukan hanya ada semasa raya saja tau menu ni. 

Kalau kampung saya, lontong ada kuah la. Bukan lontong darat yang kering ada serunding dengan kuah kacang tu. 

Oleh kerana tekak ni rindu nak makan lontong, saya buat la sikit buat habuan pelepas rindu anak tekak. Kuah kacang malas nak buat, saya makan dengan sambal tumis saja. 


kurang bahan. kacang panjang takda stok, tempe pun takda




kuahnya , kami panggil kuah lodeh. ini saja bahan yang ada.

saya masak versi bahan kisar tu ditumis dulu baru masukkan santan dan sayur.


Ada orang panggil nasi impit tu lontong kan? dia buat nasi impit dalam kelongsong dari daun pisang dan rebus selama beberapa jam. Kalau kami, lontong tu menu dalam mangkuk tu la. Lain tempat, lain sebutannya. Setuju?


 

Post a Comment

0 Comments