Sambal Terung

Assalamualaikum semua. Hai Salam Isnin. Dah lunch ke tu? Selamat berpuasa bagi yang berpuasa. Ada penggemar sambal terung kat sini? LM baru belajar makan terung panjang sebenarnya. Dulu sejak kecil memang tak makan pun terung. Sejak dah tua ni suka la pula. Tapi kalau nak makan terung biasanya LM akan masak sambal cili api camni je. Kalau guna cili kering tak berapa suka. Biasanya terung LM akan potong kecil dan rebus sampai empuk. Toskan dulu ke tepi. Boleh juga nak gore g jika suka. Cuma dia akan serap Minyak. LM takut sikit bila serap banyak Minyak. Cili api segenggam, 4 5 biji bawang merah, 2 ulas bawang putih LM akan kisar dengan food prossesor. Tambah sikit belacan dan garam. Tumis sampai garing. Tambah sikit kicap manis setengah sudu kecil. Siap. Boleh gaul kan dengan terung tadi. Biasanya ni la cara LM masak. Mudah tapi sedap d tekak sendiri. Terung bulat dan terung telunjuk LM tak pandai makan. Terung pipit lagi la tak pandai. Korang suka terung masak apa? Kari Campur ikan masin pun sedap kan?

Post a Comment

0 Comments