Simpan sini sebagai kenangan. Sepanjang di Bali, memang saya tau Bonda Rozita pun berada di Bali sebab tengok live dia, dia berada di Bali. Masa touch down je terus bagitau big boss yang bonda [un ada lat sini dengan nada teruja. Sentiasa berwaspada bila makan atau berjalan kot la terserempak. Walau macam mustahil tetap berangan kot la terjumpa.
Semasa hari terbang balik, rasa kecewa la juga sebab tak terserempak langsung dengan Bonda. Kebetulan flight kami delay dua kali. Memang dah barai sejak awal pagi dah sampai Airport tapi tengah hari baru dapat terbang balik. Suasana airport lengang saja masa tu, memang tak perlu bersesak dan berebut. Baru saja nak ke tandas, ternampak Bonda duduk di kerusi berhampiran. Nak tegur segan. Kadang ada orang tak suka diganggu . Tapi nak sangat tegur. Rugi la kalau tak tegur lagi lagi kita pengguna tegar Mega Ratu dan produk dia yang lain. Bila pandang dia, nampak dia senyum lebar.Eh! terus la bangun dan panggil kuat kuat. Bonda!!!
Dia gelak dan terus la saya hulur tangan kat dia salam dan tanya, boleh ke nak bergambar. Baru nak selfie, pembantu peribadi Bonda terus hulur bantuan. " takpa, yan tolong snapkan"
Terima kasih yan. yan dan bonda sama- sama peramah. bonda kecik je. Terasa saya macam gergasi la pula bila duduk sebelah bonda.
0 Comments
Terima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.