Assalamualaikum. Alhamdulillah rezeki harini dapat masak gulailomak cendawan busut. Kampung kami panggil cendawan ni dengan nama cendawan busut, eh ada yang panggil cendawan tahun kot? ke, lain jenis? entah la saya pun tak tau.
Saya masak simple simple saja.
Cendawan tu saya buang kulit luar dia. Cuci bersih dan toskan.
Cili api dalam 12-15 biji ikut pedas yang kita mahu.
sedikit kunyit hidup
3 sudu besar ikan bilis . cuci bersih.
Kisar cili, bilis dan kunyit dan didihkan sekejap atas dapur.
Saya kisar kelapa parut yang telah saya frozenkan bersama air panas. saya guna setengah biji saja. Ambil pati santan saja. Tuang dalam periuk tadi. Masukkan cendawan . masak dengan api sederhana. pastikan kacau sentiasa. letak garam dan perasa jika nak botak cepat(kata mak kiter hehehe). bila dah masak, boleh hidangkan.
Pemberian ipar, cantik elok kudup belum kembang. sedap dibuat gulai. kalau goreng tumis pedas pun sedap juga ni.
Korang suka makan cendawan ni?
0 Comments
Terima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.